Laporan kawan-kawan yang tengah sibuk mengikuti kempen di Hulu Selangor, BN mempunyai harapan cerah apabila pengundian berlangsung pada 25 April ini.
Ramai yang mengatakan sambutan para pengundi hampir sama suasana dan keadaannya semasa PRK Bagan Pinang Oktober tahun lalu.
Pemilihan P Kamalanathan nampaknya mengena dan diterima baik oleh para pengundi Hulu Selangor.
Walau bagaimanapun terlalu awal untuk mengatakan sebesar mana kemenangan BN, kerana hari berkempen akan bermula sebaik sahaja penamaan calon selesai esok 17 April.
Malam ini dikhabarkan ada lebih 100 ahli PKR akan keluar untuk menyertai BN pada satu majlis yang akan diadakan jam 9 malam ini di Hulu Selangor.
Dalam perkembangan lain Barisan Nasional (BN) tidak akan berkempen secara memilih mengikut kaum tertentu di kawasan Hulu Selangor, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata bagi BN, setiap pengundi di kawasan ini adalah penting dan mereka ibarat ''raja'' kerana undi mereka akan menentukan nasib BN pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen kawasan itu pada 25 April ini.
"Bagi kita setiap pengundi di kawasan ini penting, kita tidak hanya menjurus kepada pengundi Melayu saja ke, Cina ke, India ke atau lain-lain kerana semuanya kita anggap adalah raja yang menentukan nasib kita," katanya kepada pemberita.
Beliau sebelum itu menghadiri upacara pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bukit Tangga dan menyampaikan cek bernilai RM3 juta untuk pembinaan sekolah itu di Hulu Selangor hari ini.
Muhyiddin berkata BN akan turun ke padang mendengar keluhan pengundi sama ada di dalam dan luar bandar serta memberikan maklum balas segera seperti menyalurkan bantuan kepada mereka.
"Kita akan turun ke semua kawasan yang ada pengundi sama ada dalam bandar dan luar... Melayu, India dan Cina untuk mendengar cerita daripada mereka dan kita ambil langkah-langkah untuk respons, untuk beri penjelasan atau dalam bentuk bantuan-bantuan yang boleh kita bantu mereka.
"Kita laksanakan ini kerana bagi saya wajar kita ambil langkah sedemikian kerana setiap masyarakat itu mempunyai permasalahan mereka sendiri, dalam kawasan geografi tertentu pun setiap kawasan itu ada isu tertentu yang kadang-kadang tidak sama," katanya.
Selain itu, katanya, BN akan fokus dalam memberi penjelasan yang tepat dan benar terhadap isu-isu yang dibangkitkan pembangkang ketika tempoh berkempen. "Umpamanya cerita terbaru yang DAP nak bawa ke sini ialah lombong emas di Raub, Pahang.
"Mereka kata lombong emas yang diusahakan ini membawa mudarat, ada bahan beracun, ini satu pembohongan besar tetapi dia akan bawa isu itu ke sini seolah-olah projek yang melibatkan pelaburan asing, tempatan dan kerajaan negeri itu tidak membawa faedah kepada rakyat.
"Orang di sini yang mungkin tidak tahu kedudukan sebenarnya akan terpedaya, seolah-olah kita ini zalim, kerajaan BN tidak ambil (peduli) soal alam sekitar, soal kesihatan rakyat, kepentingan penduduk, dia akan putar belitkan," katanya.
Muhyiddin berkata semua pihak dan agensi yang terlibat sudah meneliti dan memastikan bahawa projek berkenaan adalah selamat dan boleh diusahakan kerana soal kesihatan penduduk dan pekerja sudah diambil kira.
"Ia okay, tiada masalah, tetapi saya ada maklumat DAP nak bawa isu ini, kita akan "go on offensive", kita tidak akan "defensive" kerana kita ada maklumat-maklumat yang tepat dan kita tidak mahu memesongkan perkara yang tidak betul.
"Kita bukan parti yang membohongi rakyat, kita parti yang jelaskan kenyataan hakikat, kita akan ambil pendekatan sebegini," katanya.
Beliau berkata pemimpin BN dan menteri-menteri yang turun berkempen akan memberikan penjelasan secara menyeluruh terhadap apa jua isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk isu Apco dan Jawatankuasa Antara Agama.
Mengenai respons penduduk tentang pemilihan Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan sebagai calon BN, Muhyiddin berkata sehingga kini calon itu diterima baik oleh kalangan penduduk di Hulu Selangor dan menganggap Kamalanathan lebih bagus berbanding calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.
"Kita tahu dia adalah orang baru, jadi dalam masa 10 hari dia akan pergi ke setiap pelusuk di Hulu Selangor tunjuk wajah dan kenalkan diri supaya orang tahu," katanya.
Ditanya mengenai penamaan calon esok, Muhyiddin berkata beliau berharap agar pihak pembangkang mematuhi undang-undang dan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh menimbulkan pergaduhan atau kekecohan.
"Saya yakin pihak keselamatan sudah mengambil kira perkara ini dan tidak perlu bimbang, BN akan ikut undang-undang dan nasihat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), saya harap pihak sebelah sana (pembangkang) patuh undang-undang, harap mereka tak lakukan apa-apa," katanya.

No comments:
Post a Comment