Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menafikan dakwaan pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand bahawa beliau menerima ‘‘tekanan politik’’ daripada kerajaan Malaysia untuk menghentikan keterangan beliau dalam inkues Teoh Beng Hock.
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar, Nazri berkata pakar tersebut hendaklah menamakan pihak yang didakwa memberi tekanan terhadap beliau kerana kerajaan tidak akan dapat mengambil tindakan sekiranya tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan tersebut.
“Beritahu saya siapa? Datuk Seri Nazri atau orang lain? Kita nak tahulah, kalau tak tahu mana mungkin boleh bantu dia. Siapa juga boleh cakap ‘‘saya dipaksa’’. Tapi siapa yang paksa kita nak tahu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Dr Pornthip yang mengatakan beliau tidak akan hadir memberi keterangan inkues Teoh Beng Hock yang akan bersambung 20 April ini kerana menerima ‘‘tekanan politik’’ dari kerajaan Malaysia.
Nazri turut menafikan dakwaan bahawa pakar tersebut juga telah tidak dibenarkan masuk ke Malaysia pada awal tahun ini, kerana menurutnya tiada sebab kerajaan tidak membenarkan pakar tersebut memasuki negara buat kali kedua memandangkan beliau telah berbuat demikian sebelum ini.
“Saya tak percaya kerajaan Malaysia dan pegawai-pegawai kita mengganggu dia dan halang dia daripada datang ke negara ini,” katanya.
Nazri berkata jika perkara tersebut benar-benar berlaku sudah tentu beliau akan dimaklumkan terlebih dahulu.
“Peguam Negara tak pernah jumpa saya mengatakan kita jangan benar dia masuk. Saya rasa dia cuma takut. Saya percaya dia punya testimoni dalam inkues itu tidak betul, yang dia tak dapat pertahankan sekarang dan cari alasan untuk tidak hadir dalam prosiding inkues akan datang,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo berkata Nazri perlu memberikan bukti terhadap dakwaan tersebut kerana ia merupakan perkara yang sangat serius. — Bernama

No comments:
Post a Comment