Wednesday, March 10, 2010

Yusof Qardhawi Sandaran Anwar: Bila Kah Ulama Itu Tampil Ke Depan?

Bila kah Yusof Qardhawi tampil untuk membela Anwar secara terang-terangan? Fatwa atau ceramah melalui VCD sesiapa pun boleh buat dan mengaku bahawa VCD itu berasal daripada ulama itu.

Osama bin Laden senantiasa didengar ceramah atau perutusannya melalui rakaman, namun tidak ada yang dapat mengesahkan bahawa rakaman itu adalah berasal daripada Osama. Amerika terpaksa menggunakan alat penganalisis suara untuk membuktikan rakaman itu berasal daripada Osama, tetapi ketepatannya tidak 100%.

Yusof Qardhawi tidak perlu berbuat demikian, memberi fatwa atau ceramah mengenai sodomy II melalui VCD pula. Yusof adalah rakan Malaysia, ulama itu pernah dianugerah tokoh ma'al Hijrah tahun lepas oleh kerajaan Malaysia.

Malaysia menghargai ulama Mesir itu kerana ilmu agamanya,namun jika benar dakwaan pihak Anwar bahawa ulama itu sanggup mengeluarkan VCD semata-mata membela Anwar, dakwaan itu amat diragukan.

Rakaman VCD boleh sahaja ditokok tambah, kemungkinan ulama itu memberi kuliah mengenai sodomy,namun pihak Anwar menambahnya dengan memasukkan nama Anwar, seolah-olah ulama itu memberi sokongan kepadanya.

Adalah sesuatu yang ganjil bagi seorang ulama seperti Yusof Qardhawi itu mahu mencorengkan namanya kerana seorang insan bernama Anwar. Adalah diragukan bahawa ulama itu memilih tajuk sepertimana 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim'

Dalam negera pun, Nik Aziz Nik Mat ulama Pas dan Tok Guru Pas dan Pakatan, belum mengeluarkan fatwa mengenai Anwar Ibrahim. Ini kan pula orang luar yang tidak tahu menahu mengenai cerita sebenar.

Seorang ulama islam atau islam yang benar-benar berpegang teguh kepada ajaran islam, tidak akan sanggup memberi pembelaan kepada sesuatu yang dia tidak ketahui. Sodomy II adalah kisah antara Anwar dan Saiful, Yusof Qardhawi tidak mengetahuinya, sesiapapun tidak mengetahuinya, kecuali Anwar, Saiful dan Allah maha mengetahui.

Pihak Anwar mendakwa bahawa rakaman VCD 33 minit itu dilakukan di rumah Yusof Qardhawi di Doha, Qatar dan diperoses oleh bahagian institut penyelidikan dan pembagunan wanita Pas dan bahasanya diterjemahkan oleh ahli jawatan kuasa pusat Pas, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

Sementara itu, kumpulan Anwar pula sibuk mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.

Anwar mendakwa bahawa Al-Qardhawi memintanya mengedarkan VCD itu untuk menyelamatkan umat islam. Ini lah dakwaan palsu Amwar, jika benar lah seperti mana kata Anwar itu, bahawaAl-Qardhawi memintanya mengedarkan VCD ini kerana khusus membicarakan sodomy II adalah sungguh meragukan.

Sepatutnya Al-Qardhawi merakamkan fatawa mengenai pegangan Anwar terhadap penggunaan Allah oleh agama lain, selain agama islam. Adalah tidak masuk akal, bagi Al-Qardhawi hanya mahu merakamkan VCD semata-mata membicarakan sodomy II Anwar.

Sesuatu yang ganjil dan cara ini adalah penipuan di pihak Anwar.

Petikan dakwaan Anwar seperti berikut kononnya berasal daripada ulama Mesir itu:"Yusuf berkata 'tolong selamatkan mereka...ini adalah tanggung-jawab, tolong beritahu yang lain'," Hanya Allah subhanawataallah sahaja yang boleh menyelamatkan umat, bukan manusia.

No comments:

Blog Archive