Friday, March 12, 2010

Pengguguran Wakil PKR Dari Exco Kedah: Bukti PKR Hanya Melukut Tepi Gantang Bagi Pas Kedah

Nampak sangat bahawa wakil rakyat PKR di Kedah bagaikan melukut di tepi gantang. ADA pun ok tiada pun OK.

Bagi Azizan Razak menteri besar Kedah, daripada PAS, kehadiran wakil rakyat PKR tidak dapat memberi impak apa-apa kepada kerajaan PAS kedah. Atas sebab itu lah, MB tersebut bebas menukar ganti exco PKR yang dilantik. Perlantikan wakil rakyat PKR dalam kerajaan Pas kedah, hanya make-up dan penghias, untuk menggambarkan kepada rakyat, bahawa memang wujud kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan.

Rakyat jelata terutama rakyat kedah perlu mengambil iktibar mengenai perkara ini, kerana memang tidak wujud kerjasama antara 3 parti yang berlainan ideologi tersebut. Kesepakatan yang ada hanya bersifat luaran, semata-mata untuk memesongkan dan mengabui mata rakyat.

Ketidak hadiaran mantan exco daripada PKR Tan Wei Shu pada majlis angkat sumpah exco negeri, menunjukkan bahawa penggugurannya daripada barsian exco telah melukai hatinya. Ada yang membuat spekulasi, bahawa ada kemungkinan Tan akan keluar PKR mengikuti jejak Mohd Radzi, yang sedikit masa lalu juga keluar PKR, dan kedudukannya sebagai exco diganti oleh Tan Wei Shu sendiri. Kedudukan Tan Wei Shu diganti oleh seorang lagi ADUN PKR Tan Show Kang ADUN Sidam.

No comments:

Blog Archive