Monday, March 29, 2010

Lagi Ahli PKR Keluar: Kali Ini 700 AMK PKR Ipoh Barat Keluar

AMK PKR Keluar Beramai-ramai
Lebih 700 anggota Pemuda PKR Cabang Ipoh Barat hari ini mengisytiharkan keluar parti, menyebabkan 12 cawangan Pemuda dalam cabang itu lumpuh.

Wakil kumpulan itu yang merupakan ketua Pemuda cabang itu sebelum ini, V Subramaniam berkata mereka mengambil keputusan berkenaan berikutan kecewa dengan kepimpinan peringkat cabang, negeri dan pusat yang tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

"Keputusan ini diambil setelah memikirkan semasak-masaknya kedudukan kami di dalam parti yang mengamalkan corak kepimpinan yang sering menabur fitnah bagi menguntungkan parti...sebanyak 12 cawangan akan ditutup," katanya dalam sidang akhbar di Ipoh.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ADUN Manjoi dari BN Datuk Mohd Nadzri Ismail.

Pada Februari 2009 Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda membuat akuan bersumpah di Mahkamah Sesyen di sini , mendakwa pernah dijanjikan RM50 juta oleh seorang pemimpin Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa akan memperoleh ganjaran itu sekiranya berjaya menarik sekurang-kurangnya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti pembangkang di Perak menyertai BN.

Tawaran itu, dakwa Fauzi, dikemukakan kepadanya pada satu pertemuan pada 11 Mac 2008.

"Walaupun pertemuan itu berlaku hampir setahun lalu, saya terpaksa membuat akuan bersumpah hari ini kerana mengesyaki kehilangan dua ADUN dari PKR ketika ini ada kaitan dengan pemimpin itu,'' katanya pada sidang akhbar di sini.

Mengenai pertemuan itu, Fauzi berkata, pada tarikh tersebut, dia telah diajak rakannya, Sulaiman Osman ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun katanya, apabila sampai di Plaza Tol Jalan Duta, tiga lelaki sedang menunggu mereka dan telah membawanya ke satu tempat di mana beliau dijanjikan RM50 juta itu.

Akhirnya pembohongan demi pembohongan tidak lagi mampu sebagai senjata PKR, akhirnya, ini lah padahnya

Nota:M Kulasegaran adalah ahli parlimen Ipoh Barat daripada DAP.

No comments:

Blog Archive