Menjadi penasihat kewangan melebihi 10 tahun, dividen yang dibayar EPF tiap tahun merupakan kadar terendah dibanding dividen-dividen pemberi perkhidmatan kewangan lain.
Pemberi khidmat yang hampir sama dengan EPF adalah PNB. Jika membandingkan perkhidmtan biarlah bandingkan mereka yang dalam kategori yang sama. Kata orang banding lah epal dengan epal.
PNB mampu memberi dividen kepada semua porfolio yang diurusnya melebihi pada paras apapun dibanding EPFm sejak EPF itu diwujudkan.
Jika membandingkan dengan dana yang diurusniaga oleh perbankkan atau pengurusan dana dalam negara, dividen EPF senantiasa ketinggalan jauh.
Memang diakui EPF mempunyai dana yang begitu besar, melebihi 600 billion ringgit. Mengurus dana yang begitu besar, memang terlalu sukar, apatah lagi, cara pengurusan EPF adalah bersifat sangat selektif, yakni berasas kepada low risk dan tidak aggrisif.
Namun yang membimbangkan. walaupun EPF masih memberi kadar dividen pada purata 5% setahun, namun dividen itu hampir separas dengan kadar inflasi. Ertinya setiap pertambahan yang diberikan secara real nilai simpanan itu tetap tidak berubah, ertinya jumlah simpanan itu tetap sama. Misalnya jika simpanan EPF bagi seseorang penyimpan EPF berjumlah 10,000, walaupun dividen diberikan pada kadar 5%, namun disebabkan inflasi, maka nilai wang itu tetap sama, yakni 10,000.
Tujuan simpanan EPF untuk bekalan hari tua tidak pernah tercapai, atas sebab itulah, bagi penyimpan EPF, setelah mereka mengeluarkan EPF mereka pada umur 55tahun, 3 tahun kemudian,simpanan itu akan habis digunakan untuk sarah hidup. Jadi, tujuan EPF untuk bekalan hari tua tidak pernah menepati sasaran.
Sebelum Abdullah Badawi menjadi perdana menetri, ramai penasihat kewangan yang berafiliasi kepada pengurusan Dana negara seperti CIMB wealth advisors (CWA) gemar mengurus dana daripada EPF, namun apabila Abdullah menjadi perdana menteri, mantan perdana menteri itu menurunkan perkhidmatan dana untuk pengurusan EPF sebanyak 50%.
Atas sebab itulah para pengurusan Dana kurang memberi tumpuan kepada dana yang berasal daripada EPF atas sebab batasan tersebut.
Yang dirugikan dalam perkara ini adalah penyimpan EPF yang mengharapkan bahawa simpanan untuk bekalan hari tua akan mampu menjaga perbelanjaan hari tua, namun tujuan para penyimpan itu tidak pernah terpenuhi. Akibat inflasi, penyimpan EPF tidak merasa ada kelebihan, malah mereka akan tergolong kepada berpendapatan rendah, setelah usia menjangkau usia bersara.
Yang membimbangkan kini, data menunjukkan bahawa bawa tahun ke-3 setelah usia persaraan, simpanan EPF akan lupus secara keseluruhan, sedangkan perjalanan masih panjang,kerana rata-rata peluang kehidupan setelah bersara telah meningkat antara 10-25 tahun. Faktor kesihatan menyumbang kepada memanjangnya umur rata-rata penduduk negara ini.
Semalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen 5.65 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, dengan peningkatan sebanyak 115 mata asas berbanding kadar 4.50 peratus yang dibayar pada tahun 2008.
Kadar dividen itu diumumkan setelah KWSP memperoleh pendapatan bersih tertinggi pernah dicapai sebanyak RM19.63 bilion, yang merupakan peningkatan 34.82 peratus berbanding RM14.56 bilion pada 2008.
“2009 merupakan tahun yang penting bagi KWSP kerana berjaya keluar dari krisis kewangan global. Walau pun KWSP terus berdepan dengan persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan, pelaburan KWSP berupaya memberikan prestasi yang kukuh pada tahun itu,” kata Pengerusi KWSP Tan Sri Samsudin Osman.
Pada tahun yang dikaji, sebanyak 72.53 peratus pelaburan dilaburkan dalam Instrumen Berpendapatan Tetap selaras dengan pendekatan pelaburan berhemah yang diamalkan KWSP, sementara 27.05 peratus dilaburkan dalam pelaburan ekuiti dan selebihnya dalam hartanah.
Setakat 31 Disember 2009, portfolio pelaburan KWSP meningkat 8.55 peratus atau RM29.25 bilion kepada RM371.26 bilion berbanding RM342.01 bilion pada 2008.
Mengenai prospek 2010, Samsudin berkata: “Prospek 2010 bergantung kepada prestasi ekonomi negara dan global."
Beliau berkata keadaan pasaran kewangan global masih tidak stabil dan boleh memberikan kesan kepada nilai pelaburan dan pendapatan masa depan KWSP.
"Kami akan terus memberikan tumpuan kepada matlamat utama KWSP melindungi simpanan ahli dan memberikan pulangan nyata yang munasabah,” kata Samsudin.

No comments:
Post a Comment