Wednesday, March 03, 2010

10 Wakil Rakyat PKR Mendakwa Bahawa Ada Tawar Menawar: Apa Yang Ditawar?


Pasti Umno akan dituduh mengenai dakwaan tawar menawar ini. Ada yang mendakwa bahawa wakil rakyat PKR yang keluar parti diberi ganjaran untuk keluar parti.

Pelik sungguh. Negara ini adalah negara demokarsi. Rakyat bebas memilih perjuangannya dan pendiriannya.

Dakwaan 10 wakil rakyat PKR yang telah mengistiharkan pagi tadi di pejabat PKR Petaling Jaya,bahawa mereka masih setia kepada PKR dan berikrar masih menyokong Anwar Ibrahim.

Jurucakap kumpulan itu Dato Kamarul Baharin berkata, kemungkin besar para wakil rakyat yang keluar itu ada tawar-menawar. Namun, Kamarul tidak menjelaskan tawar menawar dengan siapa.

Kamarul juga mendakwa bahawa isu berkeluarannya wakil rakyat PKR tersebut adalah usaha barisan nasional mengalih pandangan mengenai masalah ekonomi negara, yang dikatakannya terus merundum.

AYT suka mengingatkan kepada kumpulan 10 ini, terutama ahli parlimen Teluk Kemang itu, apa kah anda mempunyai data yang mencukupi untuk mengatakan bahawa ekonomi negara sedang merundum.

Minggu lepas Menteri kewangan merangkap perdana menteri telah mengumumkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara adalah 4.5% pada tahun lepas, yakni naik 1.5% daripada unjuran 3%. Apa kah kadar dengan kadar pertumbuhan itu, maka ekonomi negara merundum? Jepun negara kaya dan maju,namun kadar pertumbuhan KDNKnya di bawah paras 1%,namun kenapa kah ekonomi negara itu belum dikatakan merundum.

Wakil rakyat PKR khasnya dan Pakatan amnya hanya memberi komen bukan berdasarkan fakta, akan tetapi hanya handaian.

Rakyat tidak selamanya percaya atau terpengaruh dengan dakyah para wakil rakyat atau para pemimpin Pakatan ini, kerana rakyat lebih yakin kepada penjelasan kerajaan, kerana kerajaan mempunyai maklumat dan data yang jelasdan berdasarkan fakta.

Dakwaan adanya tawar menawar adalah hanya alasan,kerana para wakil rakyat itu sudah bengong, nak bagi sebab musabab kenapa para wakil rakyat mereka secara berduyun-duyun keluar parti.

Para wakil rakyat PKR yang masih percaya dan belum kecewa terhadap kepimpinan PKR terpaksa mencar-cari alasan, tanpa berpijak di bumi yang nyata.

Sepatutnya mereka bertanya pada diri sendiri,kenapa rakan-rakan mereka keluar? Tanya diri mereka sebagai wakil rakyat, apa sumbangan mereka kepada para pengundi yang mengundi mereka lebih 2 tahun itu.

Atas kesadarn YB Zaharin, YB Tan Bee Beng dan YB Mohsin Fadzli, maka mereka keluar PKR, kerana sebagai wakil rakyat mereka merasa tidak dapat menyumbang kepada rakyat yang mereka wakili. Mereka merasa bahawa mereka hanya diperalat oleh para pemimpin atasan untuk memesongkan rakyat.

Yang jelas kini, jumlah wakil rakyat PKR dan Pakatan sudah berkurang. Rancangan Anwar untuk menumbangkan Barisan Nasional, tidak akan berjaya lagi melalui cara kotor,yakni menggalakkan wakil rakyat BN lompat kepada Pakatan, agar supaya Anwar boleh menjadi perdana menteri. Fikir-fikirkan lah

No comments:

Blog Archive