Saturday, February 06, 2010

Tanpa Anwar Dalam Pakatan: Akan Mampu Kah Gabungan Itu Ulangi Prestasi PRU-12?

Perstasi gabungan 3 Parti ini melalui PRU-12 memang memeranjatkan.

Pertama keupayaan gabungan itu mengelak bertembung sesama sendiri bagi menghadapi BN. Kedua adalah keputusan PRU-12 dimana gabungan ini menidakkan 2/3 penguasaan BN dalam parlimen. Ketiga adalah secara kompak pengundi bandar dan spra bandar memilih gabungan ini dibanding BN (pengeculian bagi kelantan, di mana secara keseluruhan pengundi negeri itu masih berpihak kepada PAS).

Pertanyaan sekarang mampu kah gabungan ini mengulangi prestasi itu tanpa Anwar?

Anwar pada masa ini bergelut dengan Sodomy II. Sodomy II berlainan dengan kes Sodomy I dimana pihak pendakwaan agar sukar memberikan bukti-bukti nyata dan teknikal. Namun kali ini "bukti" adalah langsung, padat dan nyata. Berasaskan perjalanan mahkamah, bagi yang kurang arif mengenai perjalanan undang-undang sudah pasti mengatakan bahawa pendakwaan mempunyai kes yang sangat kukuh.

Pakatan sejak kebelakangan ini mengalami krisis kepimpinan, walaupun cuba dinafikan oleh para pemimpinnya.

Di empat negeri yang dikuasai Pakatan semuanya mempunyai krisis tersendiri.

Di Pulau Pinang kepimpinan Lim Guan Eng dipertikai, bukan sahaja oleh PKR malah pemimpin Partinya sendiri.

Di Selangor kepimpinan Khalid Ibrahim menunggu masa untuk rebah. Selain kelemahannya memimpin dan mentadbir negeri mahupun politik, akan tetapi usaha Azmin Ali mahu menjadi Menteri Besar bukan merupakan desas desus tetapi sudah menjadi buah bibir di kalangan para pemimpin gabungan itu.

Suatu ketika pada tahun 2009 Pengerusi Pakatan Sekarang Zaid Ibrahim pernah mencadangkan Nik Aziz sebagai Penegrusi Pakatan dengan mengenepikan Anwar, walaupun akhirnya Zaid lah yang menjadi Pengersusi.

Dengan perkembangan ini menimbulkan tanda tanya sama ada gabungan yang berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum lalu, mampu muncul sebagai kuasa politik yang lebih kukuh selepas pendaftaran rasminya nanti atau sekadar mutaah untuk menghadapi pilihan raya umum seperti anggapan banyak pihak.

Beberapa pergolakan dalam parti-parti pakatan itu sekarang dan sejarah kerjasama pembangkang sebelum ini, menyebabkan ramai memerhati dengan penuh minat perkembangan dalam Pakatan Rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang.

Setiap kali menjelang pilihan raya umum, wujud kerjasama parti-parti pembangkang untuk menentang BN. Hanya nama kerjasama itu dan beberapa tokoh utamanya yang berbeza tetapi matlamatnya sama, untuk menang pilihan raya.

Malangnya, kejayaan mereka sebelum ini hanya bertahan selama sepenggal pilihan raya.

Kerjasama PAS dengan parti Semangat 46, yang ditubuhkan oleh bekas ahli Umno pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah melalui Angkatan Perpaduan Ummah (Apu) selepas krisis Umno 1987, berjaya menawan Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990.

Bagaimanapun, Apu tidak diinstitusikan dan Pilihan Raya Umum 1995 menyaksikan keretakan pakatan PAS-Semangat 46 semakin parah sehingga BN berjaya merampas kembali beberapa kerusi di negeri itu.

Bagaimanapun usia singkat kerjasama Semangat 46 dan PAS memang dijangkakan oleh banyak pihak ketika itu kerana ideologi dan matlamat masing-masing yang berbeza.

PAS memerlukan Semangat 46 untuk menawan Kelantan walaupun sedar, jika mereka tidak boleh bekerjasama dengan Umno, tentulah sukar parti itu dapat bekerjasama dengan Semangat 46 yang ketika itu turut bekerjasama dengan DAP.

PAS ketika itu tidak memerlukan DAP dan Parti Rakyat Malaysia, malah cuba menjauhkan diri daripada mereka kerana bimbang dilihat oleh ahli PAS. Dalam kata lain, pakatan pembangkang ketika itu agak aneh dan rapuh dengan masing-masing mempunyai matlamat berbeza.

PAS mahu menawan Kelantan, Semangat 46 mahu mengalahkan Umno, manakala DAP pula mahu menghancurkan BN.

Bibit-bibit perpecahan PAS-Semangat 46 dapat dikesan sebaik saja mereka menubuhkan kerajaan negeri di Kelantan. Selepas memerintah Kelantan, PAS ternyata tidak lagi menghadapi masalah kewangan seteruk sebelumnya dan kerana itu, tidak perlu bergantung sangat kepada Semangat 46. Malah, beberapa kenyataan Nik Aziz ketika itu menampakkan beliau tidak lagi menghormati Tengku Razaleigh dan pemimpin Semangat 46 Kelantan.

PAS juga menolak cadangan Semangat 46 untuk mewujudkan persepakatan yang lebih bermakna. Parti itu lebih cenderung kepada kerjasama yang longgar supaya boleh tegur-menegur dan menggugurkan mana-mana wakil Semangat 46 yang dilantik dalam kerajaan Kelantan ketika itu.

Barisan Alternatif (BA) yang dibentuk PAS, DAP dan PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1999 juga hanya bertahan sepenggal pilihan raya.

Kecenderungan PAS untuk terus memperjuangkan penubuhan negara Islam menyebabkan DAP keluar daripada kerjasama itu. Kesannya, PAS bukan saja kehilangan Terengganu malah pembangkang kalah teruk secara keseluruhan pada Pilihan Raya Umum 2004.

Tindakan DAP meninggalkan BA bagaimanapun menguntungkan parti itu apabila Kit Siang dan Karpal Singh yang kalah pada 1999, kembali menjadi Ahli Parlimen.

Berdasarkan sejarah kerjasama pakatan pembangkang ini, tentulah tidak salah sesetengah pihak untuk melahirkan kesangsian mereka terhadap sejauh mana pakatan pembangkang sekarang mampu bertahan, apa lagi dengan pelbagai “perbalahan” antara mereka sekarang.

Memang Pilihan Raya Umum 2008 memberi kejayaan besar kepada Pakatan Rakyat tetapi selain pelbagai janji mereka ketika itu berjaya menarik sokongan rakyat, masalah dan kelemahan BN serta senario politik sebelum 2008 turut menjadi faktor kejayaan pembangkang.

Bagaimanapun, keadaan sekarang sudah banyak berubah dan mungkin lebih banyak perubahan berlaku dalam tempoh tiga tahun lagi. Jika pandangan dalam laman-laman web, yang menjadi senjata utama pembangkang pada pilihan raya umum lalu, diambil kira, semakin ramai mula mempersoalkan keberkesanan kerajaan yang diterajui mereka terutama dalam menunaikan janji pilihan raya.

Namun, walaupun semakin ramai yang sudah bosan dengan politik, sebarang perkembangan mengenainya masih menarik perhatian terutama membabitkan parti dan masa depan pembangkang seperti berlaku sekarang. Tanpa Anwar Berpecahkah Pakatan?? Sebaiknya kita tunggu jawapannya.

No comments:

Blog Archive