Thursday, February 11, 2010

Sumpah Anwar

Nampaknya helah dan muslihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penasihatnya Anwar Ibrahim tidak habis-habis malah mereka terus-terusan menunding jari menyalahkan orang lain dan mengatakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendalangi aib yang menimpa mereka sedang rakyat sendiri tahu menilainya.

Terbaru, rabu lalu peguam Anwar Karpal Singh mengatakan bahawa hakim YA Mohammad Zabidin Mohd Diah adalah pembohong, kerana tidak mengeluarkan notis mahkamah bahawa siaran Utusan Yang membawa tajuk "Tak Rela Diliwat Lagi".

Sementara itu para pemimpin Pakatan juga sperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Nizar Jamaluddin serta Zaid Ibrahim mempertikai keputusan mahkamah Persekutuan yang memberi kemenangan sebulat suara kepada Zambry Kadir dipengaruhi pihak-pihak tertentu dan kehakiman tidak bebas dari pengrauh politik. Suatu masa dahulu juga Pakatan terutama Anwar mereka-reka cerita bahawa UMNO cuba merasuah wakil rakyat di negeri dikuasai pakatan pembangkang untuk memujuk mereka menyertai BN.

Anwar mendakwa kononnya ejen-ejen pemimpin UMNO juga menggunakan kaedah tidak beretika lain termasuk mengugut untuk membuat wakil rakyat pakatan tersebut supaya meninggalkan parti masing-masing dalam usaha mahu menjatuhkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang.

Sememangnya, inilah helah yang dilakukan oleh Anwar untuk terus meraih populariti di samping menutup aib yang menimpa ahli-ahlinya.

Semua sedia maklum bahawa ini bukanlah kali pertama Anwar bertindak demikian malah sejak sepuluh tahun lalu lagi, semua kejadian atau ‘takdir’ yang menimpanya akan dikaitkan dengan konspirasi UMNO dan BN.

Buatlah apa sahaja walaupun selalunya memang terkena batang hidung sendiri tetapi Anwar tetap begitu, keangkuhannya terserlah dalam setiap kata-kata yang enggan mengakui kesilapan sendiri.

Malah, ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa beliau mempunyai bukti-bukti yang menyokong dakwaannya.

Lantas, Anwar turut memberitahu pemberita di luar dewan bahawa beliau mempunyai rakaman TV litar tertutup bagi membuktikan ejen-ejen UMNO menawarkan rasuah dan akan mengemukakan bukti berkenaan apabila tiba masanya.

Nampaknya sandiwara Anwar terus berlangsung dari satu babak ke satu babak ibarat sinetron bersiri yang entah bila akan tamat.

Ini bukanlah kali pertama Anwar mendakwa mempunyai bukti sedemikian kerana sebelum ini, dia pernah menyatakan menyimpan enam buah kotak hitam yng turut membuktikan keterlibatan pemimpin BN dan UMNO dalam politik wang dan kesalahan-kesalahan lain.

Namun, sehingga kini cerita kotak hitam tersebut lenyap begitu sahaja dan tambah malang lagi apabila bekas pegawai peribadinya, Ezam menafikan adanya kotak-kotak hitam tersebut.

Sesungguhnya, benarlah Anwar tetap Anwar yang tidak pernah berubah atau sedar dengan setiap kesilapannya malah tingkahnya semakin hari semakin menjadi walaupun telah nyata rakan sekutunya dalam pakatan campuran iaitu Pengerusi DAP, Karpal Singh turut mendakwa Anwar wajar bertaubat atas kekecohan politik yang berlaku.

Jika Karpal yang berada dalam barisan Anwar sendiri mengakui bahawa Anwar yang mula memperkenalkan lompat parti dan mempopularkannya hinggakan akhirnya menjerat puak pakatan campuran sendiri tetapi mengapa Anwar mahu menafikan.

Apa lagi yang Anwar mahu buktikan kerana sesungguhnya semakin banyak dia bersuara secara tidak langsung akan semakin banyaklah aibnya akan terbongkar. Bangkai gajah takkan boleh disorokkan.

Sifat iri hati Anwar pada BN dan UMNO memang nyata malah dendam kesumatnya tidak pernah hilang. Anwar memang teringin ‘join’ BN dan UMNO tetapi jika tidak berhasil maka dia akan cuba pula untuk musnahkan BN dan UMNO….

Inilah sumpah Anwar….

Tidak dinafikan bahawa suasana politik sekarang amat berbeza malah terlalu banyak kejutan dari sehari ke sehari namun BN dan UMNO redha menerima ketentuan yang telah ditakdirkan kerana buat baik dibalas baik dan buat jahat terimalah akibatnya.

Anwar gagal muhasabah diri dan menerima kelemahannya atas apa yang telah menimpa satu demi satu wakil rakyat PKR, atau mungkinkah semua yang berlaku adalah akibat ‘sumpah laknat’ Saiful kerana penganiayaan Anwar terhadapnya…

Nilailah sendiri apakah punca perkembangan politik yang berlaku sekarang ini?

No comments:

Blog Archive