Sunday, February 21, 2010

Sokongan Hadi Awang Kepada Kerajaan Petanda Pakatan Menghampiri rebah

AYT betul-betul tabik pada Tok Guru Hadi Awang, Presiden Pas. Hanya pemimpin Pakatan yang satu ini berani membelasah 50 ahli parlimen Australia yang diketuai oleh Micheal Dandby pejuang gay/lesbian dan yahudi Australia yang menulis surat kepada Duta Malaysia di Australia mendesak agar kerajaan Malaysia menguggurkan sodomy II.

Haji Hadi bagi AYT masih lagi bersifat patriot kerana walaupun berbeza fahaman politik dengan kerajaan, namun apabila negara terancam, perbezaan politik diketepikan demi membela maruah negara. Tabik Tok Guru!!

Namun, dengan bidasan Hadi ini, puak-puak penyokong Anwar yang berada dalam Pas tentu akan mengambil kesempatan pula untuk membelasah presiden Pas itu. AYT ingin ingatkan kepada para penyokong Anwar dalam Pas, Hadi Awang dalam perkara ini tidak bersalah sama sekali, Hadi Awang hanya menyuarakan kebimbangannya terhadap warga asing yang cuba masuk campur dalam urusan negara merdeka lagi berdaulat. Yang patut disalahkan dalam hal ini adalah Anwar sendiri, kerana terjepitnya dia dalam kes sodomy II, maka tiada pilihan lain bagi nya selain meminta bantuan dan sokongan luar, agar supaya konon-kononnya kerajaan Malaysia akan campur tangan dan tarik balik sodomy II.

Dalam Pakatan hanya Hadi yang membuat pendirian tidak menyokong Anwar dalam kes sodomy II. Lim kit Siang, Karpal Singh dan Nik Aziz semuanya memberi sokongan kepada Anwar. Bagi Nik Aziz tiada pilihan lain kerana kebanyakan penyokong dan pemimpin Pas yang mengelilingi Nahkoda Pas itu terdari daripada para penyokong Anwar. Nik Aziz tidak lagi dapat bergerak kerana apapun pergerakkannya sudah terikat dengan juak-juak penyokong Anwar. Bagi Lim Kit Siang dan Karpal Singh, sokongan mereka kepada Anwar tidak boleh dipertikai lagi kerana hanya melalui Anwar sahajalah matalamat, visi dan misi mereka boleh tercapai.

Khusus untuk DAP memang persefahaman antara Anwar adalah melalui konsep Menang-menang; yakni DAP berkuasa manakala Anwar dapat mengejar impiannya yakni menjadi Perdana Menteri.

Dalam mengharungi sodomy II Anwar sangat bergantung harap kepada Karpal Singh, kerana Karpal lah menjadi nadi dan jantungnya dalam pembelaan dirinya dalam kes sodomy II. Anwar telah melupakan bahawa walaupun 10 tahun lalu, Karpal menuduhnya sebagai pengamal sex yang teruk dan perlu bertaubat, namun semuanya itu diketepikan, dan pada masa ini bergantung harap kepada raja spin Karpal Singh.

Sementra itu Mahfuz Omar telah menelan balik ludahnya yang berkahak itu, kerana sekarang ini telah menjadi penyokong Anwar yang tulin, lebih tulin daripada para penyokong Anwar. Gelaran Mahfuz kepada Anwar "Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi" sudah ditelan malah dibuang jauh-jauh.

Perbedaan pandangan yang sangat ketara antara para pemimpin Pakatan sangat ketara dalam kes Anwar menghadapi Sodomy II. Apa kah petanda, bahawa Pakatan semakin hampir untuk rebah? AYT memperkirakan apabila Anwar Rebah, maka rebah lah Pakatan.

No comments:

Blog Archive