Monday, February 15, 2010

Sodomy II: Lagi Muslihat Anwar CIFUT Terbongkar

Minggu lepas 50 MP Australia mengutus surat kepada kedutaan Kita Di Australia. Mereka membuat pendirian bahawa Sodomy II merupakan titik hitam kepada sistem demokarsi Malaysia.

Pemimpin negara yang telah memberi reaksi terhadap surat MP Austarlia tersebut termasuk PM Najib Razak yang meminta agar Wisma Putra memberi penjelasan tentang kes Sodomy II kepada mereka.

Sementara itu Menteri Luar Anifah Aman mengatakan bahawa Malaysia tidak terkejut dengan surat tersebut, kerana sebelum ini pun mereka telah membuat pendirian yang sama

Sodomy II adalah dakwaan kepada Anwar kerana meliwat pembantunya yang bernama Saiful Azlan Bukhari pada 26 Jun 2008 di sebuah Kondominum Jalan Setia Kasih Damansara. Perbicaraan Sodomy II telah bermula pada 3 Febriari lalu dan akan diteruskan pada 18 Februari, bagi mendengar apakah YA Mohammad Zabidin Mohd Diah akan terus mendengar perbicaraan ini.

Sebelum ini Anwar memohon agar hakim tersebut dilucutkan daripada mendengar Sodomy II, kerana dikatakan Hakim tersebut tidak mengeluarkan amaran kepada Utusan kerana menyiarkan laporan yang bertajuk "Tak Rela Diliwat Lagi".

Oleh kerana Anwar terlalu sukar memlakukan soal balas terhadap Saiful,maka pihak Anwar melalui Karpal Singh mengalih taktik dengan menyerang hakim.

Selain itu, Anwar berjaya mempengaruhi 50 orang ahli parlimen Australia agar berpihak kepadanya.

Berikut adalah senarai MP Australia yang dimaksudkan.

Dick Adams MP
Senator Sue Boyce
Senator Bob Brown
Senator Carol Brown
Anna Burke MP
Darren Cheeseman MP
Michael Danby MP
The Hon Bob Debus MP
Mark Dreyfus MP
The Hon Laurie Ferguson
Jenny George MP
Steve Georganas MP
The Hon Gary Gray MP
Sharon Grierson MP
Damian Hale MP
Jill Hall MP
Senator Sarah Hanson-Young
The Hon David Hawker MP
The Hon Greg Hunt MP
Senator Steven Hutchins
Julia Irwin MP
The Hon Duncan Kerr MP
Catherine King MP
Andrew Laming MP
The Hon Peter Lindsay MP
Kirsten Livermore MP
Senator Scott Ludlam
Senator Anne McEwen
Daryl Melham MP
Senator Claire Moore
Belinda Neal MP
Shayne Neumann MP
Rob Oakeshott MP
Julie Owens MP
Melissa Parke MP
Graham Perrett MP
Senator Louise Pratt
Kerry Rea MP
Bernie Ripoll MP
Janelle Saffin MP
Sid Sidebottom MP
Senator Rachel Siewert
The Hon Peter Slipper MP
Mike Symon MP
Chris Trevor MP
The Hon Malcolm Turnbull MP
The Hon Dana Vale MP
Maia Vamvakinou MP
Mal Washer MP
Senator Nick Xenophon
Tony Zappia MP

Bagi AYT Anwar senantiasa mengutamakan negara asing bagi membela dirinya. Anwar dalam usaha memutar belitkan fakta senantiasa menggunakan media asing terutama CNN, The Washington Post untuk menuduh kerajaan bahawa Sodomy II adalah konspirasi kerajaan terutama Datuk Seri Najib.

Berikut adalah satu pendedahan yang dikemukakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir, mengenai Anwar Ibrahim.

PADA 13 Mei 2008 di Parlimen Malaysia Dato' Mukhriz Mahathir membuat kenyataan berikut dan sehingga kini jawaban kepada kenyataan ini belum diperoleh daripada Anwar Ibrahim.

Selepas hampir 10 tahun cuba membuka mata dan minda rakyat Malaysia kepada isu konspirasi oleh anwar ibrahim, YB Dato Mukhriz telah membentangkannya di dalam Parlimen, tempat yang paling sesuai. Sama-sama kita berharap lebih banyak lagi kebenaran mengenai Anwar Ibrahim yang sudah banyak terbongkar akan diusulkan/bentangkan dan lebih ramai rakyat Malaysia akan mula sedar akan bahayanya pengkhianat agama, bangsa dan negara yang bernama Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak (nota AYT: Sdr Azmin Ali) yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk “The 2008 TIME 100”. Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini?

Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai “Malaysia’s Future Prime Minister” seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini. Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia? Dan kalau setuju, mengapa?

Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future. NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui. Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.

Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?

Sudah tentu tidak! Selagi nyawa dikandung badan, UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita.

No comments:

Blog Archive