Tuesday, February 02, 2010

Sodomy II Belum Bermula: Anwar Mohon Tangguh: Nak Safena Najib dan Rosmah Pula

Sodomy II belum bermula. Anwar cuba menangguhkannya. Hakim mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan pada pukul 2:30 petang ini.

Pertanyaan AYT kenapa Anwar mohon penangguhan lagi? Kata sodomy II fitnah,tiada bukti. Namun apabila dibicarakan, Anwar enggan. Apa tujuan sebenar Anwar?

Di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur penuh sesak dengan dengan wartawan asing termasuk CNN. Tian Chua ahli parlimen Batu daripada PKR cuba memprovokasi pihak polis agar supaya gambarnya boleh diambil oleh CNN dan media luar negara untuk tujuan memperburuk imej polis.

Kali ini Anwar mahu melibatkan Najib dan Rosmah. Kata dia sebelum Saiful buat laporan polis kerana diliwat, Saiful d berjumpa dengan PM dan isterinya.

Salah kah Saiful kalau ia pun ada berjumpa. Tidak salah minta nasihat dan perlindungan kerana yang dihadapinya adalah defacto leader Pakatan. Kalau Saiful tidak ada perlindungan dari segi keselamtan dirinya, Saiful kemungkinan dah lama.. tidak bersama kita lagi.

No comments:

Blog Archive