Tuesday, February 23, 2010

Siapa Mencipta? Najib Itu Ada Tangan Ghaib??

JANGAN tuduh pembangkang bahawa mereka lah yang mencipta bahawa ada tangan ghaib di belakang keputusan dan tindakan Najib.

Salahkan para pemimpin Umno-BN sendiri kerana terciptanya persepsi bahawa ada tangan ghaib disebalik keputusan dan tindakan Najib.

Dalam PKR kita semua tahu bahawa Wan Azizah adalah persiden parti itu dan Anwar adalah pemimpin umum PKR. Boleh percaya kah apabila Anwar membuat keputusan, maka Wan Azizah ignorance dan tidak tahu? Tentu bukan demikian. Keputusan Anwar adalah keputusan Azizah juga.

Namun berlainan dengan Najib dan Rosmah. Najib adalah perdana menteri dan presiden Umno, sementara Rosmah hanya isteri kepada perdana menteri dan juga ketua BAKTI (badan amal isteri-isteri menteri). Kalau pun Rosmah ada aktiviti yang bercorak keamsyarakatan ianya berupa program NGO dan bukan berkaitan dengan perjalanan pentadbiran kerajaan.

Mungkin para pemimpin Umno dan BN melihat bahawa sejak Najib menjadi perdana menteri, Rosmah kelihatan begitu aktif, ada sahaja program atau aktivti Rosmah yang tentunya mendapat liputan media masa terutama station TV3.

Apa kah melalui aktiviti-aktiviti Rosmah yang kenampakan "hyperactive" itu sebagai petanda "tangan ghaib"?

Datin Rosmah sendiri mengakui bahawa beliau mendengar persepsi itu, namun baginya semuanya itu hanya khayalan kosong, kerana semuanya tiada kebenaran.

Bagi Rosmah salah kah sebagai isteri berbincang-bincang dengan suami? memberi pendapat? namun semuanya hanya pendapat, tiada sesiapa yang boleh mempengaruhi Najib dalam membuat keputusan dan tindakan. Keputusan dan tindakan Najib adalah keputusannya sendiri.

Rosmah juga mengakui mungkin persepsi "tangan ghaib" itu ada kaitan dengan sifat terbukanya yang suka melontarkan peendapat secara terang-terangan, mungkin itu lah yang mengakibatkan ada pihak tertentu menganggap bahawa semua keputusan dan tindakan Najib itu terpengaruh dengan pendapat Rosmah.

Rosmah menganggap Najib selain sebagai suami juga sebagai rakan karib. Salah kah kami berbincang? Bagi Rosmah perbincangan itu membuat seseorang itu hilang stress, dan apabila sterss diketepikan, maka baru lah seseorang itu dapat membuat keputusan yang jitu dan bernas.

Bagi Rosmah, dia tahu batas-batas sebagai isteri. Tugas menjaga kesihatan dan makan minum serta pakaian suami ada lah tugasnya. Tugas mengurus negara adalah tugas Najib.

Bagi Rosmah suasana kondusif di rumah adalah tugas utamanya agar supaya suaminya tidak terfikir hal remeh-temeh dan boleh merungsingkan. Itu lah tugas saya kata Rosmah semasa diwawancara station TV tempatan baru-baru ini.

Rosmah juga berharap kikiskan lah persepi "tangan ghaib" itu, kerana istilah itu hanya khayalan pihak-pihak tertentu. Betul kah??

No comments:

Blog Archive