Monday, February 08, 2010

Saiful Bukan Budak Upahan; Saiful Adalah Mangsa

Najib Tidak kenal Saiful. Rosmah tidak kenal Saiful. Anwar lah yang kenal Saiful. Saiful adalah pembantu peribadi Anwar. Saiful menolong Anwar menyediakan kopi kepada tetamu Anwar dirumah Anwar Sendiri. Saiful mendapat tips HK10,000 semasa melawat Hong Kong. Saiful digaji oleh Anwar RM1,000 sebulan.

Blog Anwar dengan posting DISINI mengatakan bahawa Saiful adalah budak upahan. Saiful bukan budak upahan. Saiful adalah mangsa.

Saiful diliwat pada 26.6.2008.Keesokkan harinya minta berhenti kerja. Esoknya lagi buat laporan polis. Akibat diliwat, maka Saiful mahu berhenti. Akibat diliwat Saiful lapor pada polis.

Siapa yang upah Saiful diliwat pada 26.6.2008?

Rancangan Anwar dalam dunia cyber ini tidak akan berjaya. Umum dan rakyat muak dengan karenah Anwar. Suatu masa mahu Sodomy II dipercepat, suatu hari lain mahu Sodomy II ditangguh!.

Hari ini sepatutnya barisan penguambela Anwar menyoal balas Saiful,namun lain pula yang Karpal Singh buat,nak ganti hakim pula. Utusan pula jadi kambing hitam. Hakim disalahkan kerana tidak memberi amaran kepada Utusan. Apa kaitan Hakim dengan utusan? Kalau utusan siarkan "transkrip" apa yang diucapkan oleh Saiful, salah kah?

Sebenarnya Anwar kehilangan arah, peguambela Anwar kehilangan modal untuk bertindak. Atas sebab itu terpaksa mencari kambing hitam dan terpaksa memutaralamkan bahawa Saiful adalah "budak" upahan.

Anwar... You can succeed by doing this.. believe me.. you a big losser!!!

No comments:

Blog Archive