Friday, February 19, 2010

Rindu Kepada Kata Laluan MOKTHAR

Nampaknya kita perlu masa sebulan lagi mendengar kata laluan Mohktar!!. YA Mohammad Zabidin Mohd Diah menentukan bahawa keputusan rayuan Anwar untuk melucutkannya mendengar Sodomy II akan diputuskan pada 25 Mac depan.

Semalam YA Zabidin menolak permohonan Anwar melucutkannya kerana hakim itu berpendapat tiada sebab musabab kenapa dia perlu melucutkan dirinya. Selain itu, YA Zabidin juga mengatakan, bahawa jika dia melucutkan dirinya, maka dia lari daripada tanggungjawabnya sebagai hakim.

Sehari sebelum itu, permohonan Anwar untuk menguggurkan sodomy II telah ditolak sebulat suara oleh 3 hakim mahkamah rayuan. Dalam penolakan tersebut, hakim mahkamah rayuan mengatakan bahawa pertuduhan sodomy II adalah lengkap dan pendakwa tidak menyalah guna gunakan proses mahkamah.

Anwar dalam usahanya menguggurkan Sodomy II telah mengunakan berbagai saluran, selain saluran mahkamah juga saluran bantuan negara-negara asing. Terkini John Kerry mantan calon presiden Amerika meminta kerajaan Malaysia melindungi Anwar daripada pertuduhan Sodomy II memandangkan Anwar adalah seorang wakil rakyat dan juga seorang warganegara.

Sebelum itu, campur tangan 50 ahli parlimen Australia yang diketuai oleh Micheal Dandby pejuang gay/lesbian dan yahudi Australia mendesak kerajaan Malaysia menguggurkan tuduhan sodomy II terhadap Anwar.

Anwar memang merasa phobia dan gementar apabila saksi utama perbicaraan Sodomy II Saiful Bukhari Azlan semasa memberi keterangan pada mahkamah di depan YA Zabidin yang bermula pada 3 Februari yang lalu membongkar beberapa kata laluan yang Anwar anggap sebagai rahsia seperti MOKTHAR DAN CIFUT.

Selain itu, perkataan-perkataan "TAK RELA DILIWATI" seperti mana tajuk akhbar Utusan yang menjadi pertikaian antara Anwar dan hakim YA Zabidin.

Dalam masa sebulan ini, apa kah perancangan atau taktik Anwar apabila masa yang dietetapkan yakni 25 Mac depan, apabila hakim yang sama akan memutuskan bahawa dia bersedia mendengar sodomy II. Sudah tentu Anwar akan membuat rayuan lagi? Apabila rayuan dibenarkan, maka penangguhan yang ke-26 sodomy II akan berlaku?.

Sama-sama kita tunggu tarikh itu.

No comments:

Blog Archive