Friday, February 26, 2010

Hati-Hati Mansuh Subsidi Minyak

Sistem subsidi minyak berdasarkan kapasiti injin yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Mei depan ditangguh untuk sementara waktu. Kerajaan kemungkinan akan memperkenalkan sistem baru yang berasaskan kepada "tier", namun mekaniseme pelaksanaannya belum dikenal pasti.

Hati-hati memansuhkan subsidi minyak. Perlu ingat, semasa minyak dinaikkan kepada 2.70 seliter pada zaman Abdullah Badawi, bukan sahaja hampir menumbangkan kerajaan barisan nasional, namun harga barangan yang menandak naik akbit kenaikan harga minyak itu, hingga kini tidak pernah turun atau kembali semula pada harga sebelum minyak naik, walaupun harga minyak telah dikembalikan kepada harga asal.

Memang betul bahawa subsidi minyak yang ditanggung kerajaan sungguh besar jumlahnya, namun kerajaan juga kerana ingat, minyak mempunyai impak yang berganda.

Kerajaan perlu mencari kaedah atau cara untuk mendapat perolehan bagi maksud subsidi minyak. Minyak terus disubsidi akan tetapi jumlah subsidi itu adalah hasil daripada perolehan di tempat lain.

Contoh yang boleh dilakukan kerajaan adalah mengenakan cukai tertentu kepada penjualan kereta perorangan,menaikan cukai kepada penjualan rokok, arak dan sebagainya. Yang penting adalah mempertahankan agar harga barangan yang dikonsumsi rakyat majoriti tidak terjejas dan pada masa yang sama pendapatan mereka mencukupi untuk menyara kehidupan bagi diri mereka sendiri dan juga keluarga.

Jangan biarkan pasar menentukan harga minyak, namun biarkan pasar menentukan harga bagi barangan harian yang diperlukan rakyat.

Kerajaan sebenarnya tidak perlu menentapkan harga barangan yang termasuk barangan ruji, yang penting kerajaan menyediakan barangan ruji sesuai dengan keperluan rakyat negara ini, apabila supply dan demand seimbang, maka secara otomatis,harga akan ditentukan, di mana harga itu adalah harga di mana pembekal dan pembeli sama-sama mempunyai kepuasan yang sama., ini yang kerajaan perlu lakukan.

Namun, bagi barangan mewah yakni barangan yang berunsur lifestyle, kerajaan perlu mencipta mekanisme percukaian, harga cukai yang diperolehi daripada barangan lifestyle itu boleh menampung subsidi minyak yang ditanggung kerajaan. Jika kerajaan lakukan ini, maka adalah "fair and square" kerana kerajaan mempertahan keinginan ramai di banding keinginan yang bercorak kemewahan.Fikir-fikirkan lah

No comments:

Blog Archive