"Apa pun, saya masih berpegang kepada kenyataan bahawa Pakatan Rakyat perlu mengkaji semula kedudukan dan kerjasama dengan DAP ini kerana pada pendapat saya kepimpinan DAP ini telah mula menjadi duri dalam daging bagi Pakatan Rakyat. Ramai rakyat bawahan yang saya temui sudah mula mencurigai DAP, dan merasa muak dan loya dengan sikap mereka yang saperti kaduk naik junjong" Zulkefli Nordin Ahli Parlimen PKR bagi Kawasan Kulim-Bandar Baharu.
Bagi AYT meskipun apa yang dikatakan oleh Zul-Kulim itu benar belaka, namun bagi Anwar,Nizar serta Khalid Ibrahim semuanya "hanya" pandangan pribadi MP Kulim itu, kerana 3 pemimpin ini tahu benar bahawa tanpa DAP mereka tidak akan kemana-mana.
Fakta menunjukkan bahawa Khalid berkuasa di Selangor kerana bantuan kerusi DAP, demikian juga Nizar pada masa lalu menjadi MB Perak kerana Eshan DAP. Manakala ketua umum PKR Anwar, pada masa ini dibela pula oleh pengerusi DAP Karpal Singh.
Dalam pergeseran pendapat ini antara kepimpinan Pakatan dan Zulkefli, yang pasti Zulkefli akan menjadi korban demi menyelamatkan kekuasaan yang ada pada pemimpin melayu yang ada dalam Pakatan.
Bagi ke tiga-tiga pemimpin ini, mengorban umat melayu maupun agama, semuanya itu tidak penting, asalkan matalamat asal untuk mendapatkan jawatan tercapai. Bagi ketiga-tiga pemimpin biarkan kampung tergadai asalkan menang sorak.
Apa yang diperkatakan oleh Zulkefli ini, walaupun tidak dizahirkan, masyarakat umum terlebih dahulu mengetahuinya,kecuali bagi mereka yang telah buta dan tuli. Namun, yang melucukan atas sebab apa masih ada umat melayu masih terpedaya dengan dakyah para pemimpin ini.
Anwar memang pakar untuk membuat muslihat. Anwar boleh menggunapakai semua cara, asalkan matalamatnya tercapai.Namun kali ini, Anwar silap, Anwar bukan pula yang memperkudakan DAP seperti perancangan tersembunyinya, akan tetapi ANWAR terus diperkudakan oleh DAP.Cara halus para pemimpin DAP menyusup masuk dalam sanubari Anwar telah berjaya. Pada masa kini, semua rahsia pribadi Anwar telah diketahui oleh DAP melalui Karpal Singh. Apapun yang diperkatakan mengenai DAP, adalah pasti Anwar tidak akan mempercayainya, kerana kiblat Anwar telahpun beralih, yakni kepada perjuangan DAP.
DAP berani bertindak seperti dakwaan Zulkefli "Tindak-tanduk kepimpinan DAP sejak 08 Mac 2008 sehingga kini membuktikan sikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis dan diktatorial yang bukan sahaja keterlaluan, malahan bercanggah dengan semangat dan persefahaman diantara Pakatan Rakyat; dan bertentangan dengan dasar dan matlamat reformasi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, khususnya oleh DSAI sendiri. Antaranya:"
1. tindakan YB ADUN DAP Kedah mengugut Kerajaan Negeri Kedah dan mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat semasa isu perobohan pusat penyembelihan babi di Alor Setar;
2. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan Sdr. Razali, Ahli Majlis Pulau Pinang dan Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng;
3. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan PKR dipenuhi sampah-sarap kerana kritikan terbuka beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan PKR terhadap kerajaan YAB Lim Guan Eng;
4. kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat melantik YB Ust Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir kedalam Exco ataupun sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan didalam pilihanraya kecil Permatang Pasir;
5. aduan tiga orang YB ADUN-ADUN di Perak yang tidak berpuashati dengan tindak-tanduk dan sikap kepimpinan DAP yang akhirnya menyebabkan mereka keluar daripada Pakatan Rakyat dan menyebabkan tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak;
6. tindakan biadap YB Tony Pua yang mendesak YB Datuk Hasan Ali, Ahli Exco dan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran penjualan arak di kedai serbanika di dalam negeri Selangor;
7. tindakan YB Ronnie Liu mencampuri urusan dan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak di kedai serbanika di Shah Alam;
8. tindakan YB Ronnie Liu yang tidak menghormati langsung YB Speaker Teng Chang Kim dalam sidang jawatankuasa Selcat mengenai aduan terhadap perbelanjaan peruntukkan YB Ronnie Liu yang mencurigakan;
8. Tindakan YAB Lim Guan Eng yang mahu YB Datuk Seri Zahrain Hashim dipecat sebagai Pengerusi Kelab Golf Bukit Jambul selepas dikritik dengan tegas oleh YB Datuk Seri Zahrain;
9. Perisytiharan dasar 'Middle-Malaysia' oleh YAB Lim Guan Eng yang pada asasnya bercanggah dengan dasar dan aspirasi Pakatan Rakyat;
Semua ini Anwar tidak akan membantahnya,kerana bagi Anwar inilah perjuangan Pakatan sekarang.
Bagi Nizar dan Khalid pula, akan terus akur dengan keputusan Anwar,kerana memang jarum fahaman yang telah ditanam, bahawa tanpa DAP, Khalid dan Nizar tidak akan boleh menghidu jawatan Menteri Besar.
Perubahan strategi Anwar ini, tidak lagi mementingkan kaum melayu apakah di negeri asalnya Pulau Pinang, Perak maupun Selangor, kerana Anwar tahu kaum melayu tidak akan memberi kemenangan kepada mereka, melainkan kaum cina lah yang memberikan kemenangan. Atas sebab itu lah apapun tindak tanduk DAP akan terus dibiarkan malah diberi restu oleh Anwar. Anwar, tersilap, telah tersilap langkah, mundur kena, maju kena, ditelan mati emak, diluah mati bapa. Anwar akan terus menjadi pak turut DAP. Kerana itu, apapun kenyataan dan tohaman Zulkefli dan Zaharin, akan menjadi bagaikan mencurah air di daun keladi, bagaikan mencurah garam ke laut kepada DAP dan Anwar.
Bagi DAP dan Anwar apapun diperkatakan kepada DAP "Dan banyak lagi insiden, kelakuan, tindak-tanduk kepimpinan DAP yang jelas membuktikan mereka memang bersikap angkuh, sombong, chauvinis, ekstremis, diktatorial dan, meminjam kata-kata YB Datuk Seri Zahrain, berfikiran ala komunis. Dan yang paling peliknya, sehingga kini tiada sebarang tindakan disiplin diambil terhadap kepimpinan DAP walaupun jelas sikap mereka membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka. Apakah kepimpinan DAP ini sudah menjadi golongan 'untouchables', sehingga menyebabkan keangkuhan mereka semakin menjadi-jadi mutakhir ini!" tidak akan mengubah sikap DAP dan Anwar.
sumber disini

No comments:
Post a Comment