Wednesday, February 24, 2010

Apa Kah Konsep Parti Tidak Releven Lagi Pada BN???

KONSEP ahli terus bukan sahaja mungkin menjadi pendekatan barisan nasional apabila gabungan 14 parti itu bersidang pada akhir tahun ini, akan tetapi pendapat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan agar BN mempertimbangkan direct membership perlu juga menjadi pertimbangan.

Dalam perkembangan lain mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Said Keruak sebelum ini pernah menyarankan bahawa sudah tiba masanya BARISAN Nasional (BN) melakukan penjenamaan semula agar gabungan 14 parti itu tetap relevan sesuai perubahan masa, citarasa rakyat dan keadaan negara.

Selain itu konvensyen BN yang akan diadakan pada penghujung tahun ini yang membincangkan pindaan perlembagaan parti dianggap sebagai langkah memantapkan perjuangan dan menjadikannya lebih bersifat terbuka dan inklusif.

Bagi tujuan itu, satu jawatankuasa khusus telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, untuk mengkaji cadangan pindaan perlembagaan itu.

Perdana Menteri berkata pada konvensyen itu juga nanti, satu dasar formal akan dibentuk bagi memberi pengiktirafan kepada tiga kumpulan yang cenderung menyokong kerajaan.

Tiga kumpulan tersebut adalah individu yang hendak menyertai BN, parti-parti politik yang berminat untuk menyokong BN serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mesra BN.

Keputusan Dewan Tertinggi BN itu mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik, termasuk media alternatif. Menyusul selepas itu, terdapat berbagai komen dan reaksi, ulasan dan pendapat dilontarkan.

Dalam pada itu Salleh Said, timbalan pengerusi Umno negeri Sabah itu berkata, bahawa dia turut tertarik untuk berkongsi pandangan mengenai cadangan tersebut kerana sudah tiba masanya bagi BN melakukan anjakan paradigma dalam perjuangan memperkasa BN di persada politik tanahair.

Salleh secara peribadi, sependapat dengan Perdana Menteri mengenai pentingnya BN melakukan suatu perubahan bagi menjadikannya lebih bersifat terbuka dan inklusif. Bagi tujuan tersebut, BN perlu memiliki dasar formal sebagai landasan perjuangan, termasuk dalam konteks memberi pengiktirafan terhadap mereka yang berada di luar BN tetapi menyokong atau sealiran dengan misi BN, umpamanya tiga kumpulan yang disebutkan dan dikenal pasti itu.

Bagi Salleh, BN perlu menyajikan atau menghidangkan sesuatu yang menarik dan "fresh" kepada masyarakat, suatu polisi yang dianggap saksama dan adil, serta memberi penekanan kepada kepentingn masyarakat umum, bukannya untuk segelintir golongan elit semata-mata.BN perlu mempunyai daya tarikan kepada anak-anak muda terdiri dari semua kaum supaya ia sentiasa relevan kepada setiap generasi, dan gagah mengharungi sebarang ancaman politik.Yang penting, BN kena menjadi parti yang moden dan peka melihat masa depan.

Bagi AYT timbul satu persoalan, apa kah konsep parti tidak lagi relevan? atau kah konsep parti membeban kan?

AYT merasakan jika pendekatan direct membership merupakan satu pendekatan meramaikan, itu boleh- boleh saja, akan tetapi peranan parti tetap diutamakan. Bagi AYT parti merupakan pillar atau tiang kepada pemerintahan yang bercorak demokrasi, kerana dalam sistem ini angka lah yang menentukan.

Bagi AYT, keahilan terus dalam konsep komponen yang menggabungkan berbagai parti tidak perlu, namun bagi memberi peranan kepada kumpulan yang mesra BN itu dicipta satu ruang di mana kumpulan itu dapat bernaung. Pendekatan ini akan lebih berkesan dan afdal kerana keahilan yang berasaskan parti merasa tidak tersaing, malah akan menganggap kehadiran kumpulan yang mesra BN itu sebagai pelengakap (komplemen) untuk mendukung teras perjuangan.

Kumpulan yang mesra BN yang nampak sangat ketara masa kini adalah NGO seperti Perkasa Pribumi negera,para bloggers pembela negara, NGO yang berasaskan persatuan kaum dan sebagainya sangat efektif dalam membela teras perjuangan BN. Namun ketiadaan wadah dan ruang lingkup yang jelas, mengakibatkan tidak sinkronisenya perjuangan para NGo"s ini. fikir-fikirkan lah

No comments:

Blog Archive