Friday, February 26, 2010

Ada Yang Tahu Kah Kenapa Anwar Takut Mahkamah?

Terkini Anwar begitu rancak membuat pertemuan dengan berbagai pihak samaada pertemuan dengan rakyat negara ini atau pun rakyat asing.Kenapa perlu ada pertemuan? perbicaraan sodomy II adalah dimahkamah terbuka, semua orang boleh mengikutinya. Apa muslihat Anwar sebenarnya?

Demikian juga roadshow Anwar yang diketuai oleh Azmin Ali dan dibantu oleh Saifuddin Nasution menjelajah negara hanya membawa satu isu yakni isu sodomy.

Dirasakan juga semakin pelik, Anwar begitu rancak mengatur strategi bagaimana menguggurkan sodomy II. Selain usahanya menangguh-nagguh kes ini, Anwar juga mempenagruhi negara asing terutama Australia dan Amerika bahawa sodomy II adalah konspirasi.

Wawancara wan Azizah dengan station tv Australia misalnya, presdien PKR itu mendakwa, bahawa sodomy II adalah usaha kerajaan untuk mematikan kerjaya politik Anwar.

Apa yang terasa pelik adalah , Anwar adalah seorang ahli politik, jika tuduhan terhadapnya itu merupakan komplot, maka, Anwar sepatutnya lebih gembira kerana boleh membuktikan dirinya tidak bersalah dan sudah tentu selepas itu, sokongan terhadap dirinya akan bertambah. Namun Anwar menggunakan pelbagai alasan teknikal sehingga memperolehi penangguhan lebih 20 kali. Berasaskan kepada keadaan ini, ia hanya menguatkan persepsi ada sesuatu yang tidak kena di pihak Anwar sendiri. Malah lebih menghairankan, semakin hampir hari perbicaraan, pihak Anwar semakin merancakkan usaha untuk ‘memanggungkan’ isu kes liwatnya.

Kenapa Anwar begitu takut pada mahkamah? satu pertanyaan yang perlu dijawab oleh Anwar sendiri. Anwar terasa sangat mengelabah dan cuba mempengaruhi dunia luar melalui pertemuan bagi memberikan gambaran seolah-olah beliau dianiayai, ini satu konspirasi dan mahkamah sudah dibeli.

Yang pelik juga apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya, mahkamah akan dikatakan adil tetapi jika tidak, mahkamah dan hakim sudah dibeli dan segalanya telah diatur.Ini lah peliknya Anwar.

Anwar secara logiknya tidak perlu gentar berhadapan dengan perbicaraan kerana jika isu liwat itu adalah satu komplot, Anwar sudah tentu akan dapat membuktikan dirinya tidak bersalah kerana beliau tentu punya alibi yang kukuh untuk menangkis semua fakta yang bakal dikemukakan.

Secara psikiologinya semakin takutnya Anwar berhadapan dengan mahkamah, maka semakin kuat lah persepsi, bahawa sodomy II ini memang-memang benar-benar berlaku.Ini lah persepsi rakyat yang mengikuti kes sodomy II ini.

No comments:

Blog Archive