Friday, December 04, 2009

Politik Emosi Menguasai DAP

Dr. Zambry Abd. Kadir menteri besar Perak mempertikaikan keikhlasan DAP memohon maaf berhubung tindakan pemimpin parti itu memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

Zambry berkata permohonan maaf itu tidak ikhlas kerana permohonan maaf tersebut bukan diucapkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri.

Permohonan maaf DAP ditujukan kepada seluruh rakyat di negara ini dan tidak terpakai kepada tiga ADUN terbabit yang digelar 'katak'. Menteri besar Perak itu juga berkata sikap pemimpin-pemimpin DAP yang lebih gemar 'bermain' dengan 'politik emosi' daripada bertindak secara waras menunjukkan bahawa parti itu tidak ada perancangan membela rakyat.

Sebagai pemimpin, katanya, mereka perlu memikirkan bahawa setiap tindakan yang dilakukan boleh mengundang suasana sama ada tegang atau sebaliknya.

"Tiada salah berbeza pendapat atau pandangan politik tetapi jangan letak diri pemimpin itu sebagai manusia yang rendah akhlak dan nilai-nilai murni.

"Saya harap ini akan menjadi pengajaran berguna kepada mereka supaya tidak terlalu bermain dengan politik emosi kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dan menghancurkan masa depan negara," tegas beliau. Jelas Zambry, sebagai Menteri Besar, beliau perlu memastikan keharmonian kaum dan rakyat di negeri ini terpelihara daripada anasir songsang.

No comments:

Blog Archive