Thursday, November 19, 2009

Nizar News: Perang Pandasan Satu Catitan Sejarah

Irama tigad-tigad mengiringi perjuangan Embo Ali dan pengikutnya ketika Perang Pandasan 1915.-Gambar Hiasan

Dalam ilmu psikologi moden orang yang menyertai perjuangan musuh atau individu dibencinya dikenali `Sindrom Stockholm'.

Dalam bahasa Bajau pula ada ilmu psikologi sepadan makna dengannya yang lebih awal wujud iaitu `Pelemai Galap'. Pelemai bermakna pukau manakala galap adalah makhluk halus penunggu air.

Buat apa ikut `galap' kerana akhirnya `lemas' atau dalam bahasa Bajau `londod'.

Bunyinya seperti London tetapi bukan membawa ke kota metropolitan itu, sebaliknya ke `sengkaban' (lubuk tempat galap bunuh orang).

Sindrom Stockholm dikatakan berlaku kepada anak murid Embo Ali, Mohammad Arshad yang membunuh gurunya ketika Perang Pandasan 1915.

Di sebalik perjuangan Embo Ali yang tidak `digendang' di dalam tawarikh, ada yang berpendapat ia berpunca kegagalan mempertahankan rakyat seawal peperangan sulung.

Kononnya, ia berbeza dengan Datuk Paduka Mat Salleh, Pak Musa dan Antenom yang mampu membunuh penjajah sehingga menjadi buruan dan berlaku beberapa siri peperangan sebelum menemui ajal.

Fakta ini menyebabkan beliau dikatakan hanya pembela dan belum mencapai tahap pahlawan.

Malah Embo Ali dikatakan gagal berdiplomasi sehingga rakyatnya menjadi korban.

Ini berbeza dengan pahlawan Borneo Utara lain yang sanggup berdiplomasi secara bijak dan selepas itu kembali merencana strategi menentang penjajah Jepun dan British sebelum menghembus nafas terakhir.

Embo Ali dan pengikutnya juga dikatakan menentang rakyat tempatan (Arshad) bukannya British biarpun atas arahan pegawai penjajah.

Ini menimbulkan persepsi kononnya peristiwa anak murid `nembiluk' (belot) itu hanya perang saudara sama seperti yang berlaku dibeberapa negeri Melayu pada zaman silam apabila raja meminta bantuan Siam untuk menentang saudara sendiri demi kuasa dan akhirnya menjadi tanah jajahan dengan membayar ufti bunga emas.

Tiada panglima perang Inggeris yang dihantar, malah sudah memadai menghantar Arshad yang tiada ilmu serta strategi peperangan.

Apapun, penulis percaya Embo Ali pahlawan sejati dan Tamu Pandasan yang menjadi tapak peperangan wajar diisytiharkan sebagai tapak warisan sejarah.

Berikut pantun Bajau karya bekas Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Sabah, Muddin Beting mengenai perjuangan Embo Ali.

Sharif Sebi dundangan kasih,
yangtoo denakanti Datu Rusmadi,
semangat embo' dokon api,
kaet sampai kedemburian ari.

Maksudnya lebih kurang:

Sharif Sebi ditatang kasih,
nenek saudara Datu Rusmadi,
Semangat embo' seperti api,
menyala sehingga hari terakhir.

* Embo' merujuk Embo Ali

Seperti dipetik dari blog: seliu-liu.blogspot.com

No comments:

Blog Archive