Friday, July 24, 2009

Istimewanya Teoh Beng Hock: Kerajaan dipaksa berlutut

Kematian Teoh Beng Hock semasa dalam kawalan SPRM, memaksa kerajaan membuat tiga keputusan. Pertama: Kerajaan mengwujudkan inkues yang diketuai oleh seorang majisterit untuk mencari punca-punca kematian, kedua: Kerajaan melantik suruhanjaya diraja untuk meneliti dan mengkaji cara-cara soal siasat yang digunakan oleh SPRM, dan yang ketiga: Siasatan akan diumumkan kepada umum.

Namun sebelumpun tindakan-tindakan itu dimulakan,pihak pembangkang telah membuat andaian, bahawa tindakan kerajaan itu tidak memadai untuk merungkai kematian mendiang Teoh Beng Hock (TBH).

Kerajaan yang dipilih rakyat melalui proses demokrasi terpaksa berhadapan dengan karenah yang dilakukan oleh penjawat-penjawat awam,apakah mereka yang mewakili PDRM,Kehakiman dan kini SPRM.

Saya yakin dan percaya ke tiga-tiga badan kerajaan ini mempunyai SOPnya yang dapat diterima pakai sebelumnya, akan tetapi disebabkan human error, terpaksa secara keseluruhan badan itu menanggung akibat, dan seterusnya kerajaan yang menjadi sasaran. Ibarat kata pepatah nila setitik menyebabkan susu sebelanga rosak.

Kerana nila setitik ini lah, kerajaan terpaksa sanggup membuat keputusan yang sepatutnya tidak perlu, kerana terpaksa bertanggungjawab kepada segelintir tindakan human error yang tidak mengikut SOP yang telah tersedia.

Kesanggupan kerajaan membuat keputusan ini selain desakan pihak pembangkang, tetapi juga parti kerajaan itu sendiri, sehinggakan kerana kematian TBH kerajaan dipaksa berlutut, pun demikian keputusan kerajaan ini masih juga dipertikaikan. Berbaloikah keputusan kerajaan ini?? sama-sama kita tunggu kesudahannya.

No comments:

Blog Archive