Monday, May 04, 2009

Senerio Politik Sabah Pra Pru-13



Datuk Harris Salleh keluar USNO untuk tubuhkan Berjaya adalah tindakan berani, kerana sebelum itu dalam pilihanraya negeri parti USNO menyapuh bersih semua kawasan DUN Sabah.

Memecat Datuk Pairin Kitingan dalam parti Berjaya serta menurunkan status Tambunan daripada daerah kepada daerah kecil juga tindakan berani Datuk Harris-walaupun Datuk Pairin merupakan ketua suku kaum terbesar bumiputera bukan islam.

Menyerahkan 95% hasil minyak dan gas negeri Sabah kepada kerajaan persekutuan juga salah satu keberanian Datuk Haris Salleh.

Memberi status wilayah persekutuan kepada Pulau Labuan sehinggakan mantan perdana menteri dr Mahathir mengeluarkan kata-kata “sink and swim with Berjaya” juga terserlah keberanian Datuk Harris.

Kenapa Datuk Harris Salleh Berani?

Keberanian seorang ketua kerajaan terserlah apabila mendapat mandat yang kuat daripada rakyat yang menaikannya kepada tampuk pemerintahan. Datuk Harris memanfaatkan sokongan rakyat yang diberikan kepada parti Berjaya bahawa pada dua kali pilihanraya-Parti Berjaya menang 2/3 kerusi dalam DUN Sabah, dan bakinya oleh parti USNO. USNO dan Berjaya berlawanan diperingkat negeri-tetapi kedua-duanya parti komponen BN di peringkat persekutuan.

Sebelum pilihanraya kecil Tambunan tahun 1984- kegagahan Datuk Harris dan Partinya Berjaya kelihatan di luaran sungguh kuat. Datuk Harris mewakili Tenom di mana majoriti adalah kaum murut bumiputera bukan islam- bukan penghalang baginya- melalui dua piliahanraya- Datuk Harris menang besar.

Tahun 1984- apabila ada pilihanraya kecil Tambunan- Parti Berjaya di wakili oleh Roger Ongkili adek-beradek dengan James Ongkili mantan menteri persekutuan dan Dr Maximus Ongkili masih menteri sekarang di peringkat persekutuan-kalah teruk. Datuk Pairin Kitingan dinobatkan sebagai pemenang. Datuk Harris merasa tercabar- setahun kemudian beliau membubarkan DUN Sabah untuk membolehkan piliahanraya negeri. Umum mengetahui- pada pilahanraya tersebut- parti Berjaya yang ternampak begitu kuat kecundang di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang ditubuhkan belum setahun jagung.

Parti PBS memerintah pada awalnya sebagai parti pembangkang dan kemudian diterima masuk dalam barisan nasional. Empat pilahanraya DUN Sabah- PBS terus maju dan tidak pernah kecundang.

Keberanian Datuk Pairin Kitingan

Akibat pertandingan antara Team A dan Team B dalam UMNO pada tahun 1987- UMNO diharamkan-kemudian tertubuh UMNO BARU dan Semangat 46. UMNO Baru diketuai dr Mahathir-Gahpar Baba- Manakala Semangat 46 oleh Tengku Razalleh Hamzah dan Rais Yatim. Selama dua tahun sebelum pilahanraya UMUM 1990- di semanjung secara luaran kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah (Semangat 46 dan PAS) dan Angkatan Rakyat ( Semngat 46-DAP) mempunyai peluang membentuk kerajaan persekutuan. Berpaksi kepada anggapan ini- maka pada pilihanraya umum (PRU) 1990 sebelum pembuangan undi PBS keluar Barisan Nasional untuk bergabung dengan Angkatan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah. Akibat tikam belakang PBS ini- Dr Mahathir mengumumkan kemasukan UMNO ke Sabah atas persetujuan Tun Mustapha-melalui pembubaran USNO. Keputusan PRU-1990 masih memihak kepada BN di Semanjung dan Sarawak, sedangkan Di Sabah- Kesemua kawasan yang ditandingi PBS- PBS menang besar.

Sebelum PRU-1994, telah berbagai strategi dilalui oleh BN melalui parti UMNO di Sabah- antaranya: jika BN menguasai negeri-maka pengiliran ketua menteri akan dilaksanakan. Dalam tempoh empat tahun- parti BN Sabah- yang dianggotai AKAR-LDP dan UMNO mengembeling tenaga dan startegi untuk menumbangkan PBS. Keberanian Datuk Pairin Kitingan benar-benar tercabar dan teruji. Parti UMNO yang sebelumnya diterajui oleh Gafhar Baba, diganti oleh Tun Mustapha dan kemudian oleh Datuk Sakaran Dandai.

Pada PRU-Sabah tahun 1994- PBS menang dengan majoriti mudah. Datuk Pairin tetap Ketua Menteri. Usaha BN melalui PRU tidak berjaya. Tindak tanduk pemimpin BN pusat melalui pintu belakang yang dirancang oleh Anwar Ibrahim berjaya. Datuk Lajim Ukin dan Rubin Balang keluar PBS dan masuk UMNO. PBS kehilangan majoriti DUN dan tumbang. Keberanian Datuk Pairin terjawab dengan kehilangan kuasa memerintah- bukan kerana penolakan rakyat tetapi secara licik dan kotor.

Kebangkitan Pemerintahan Semula BN-Sabah

Datuk Sakaran Dandai mengangkat sumpah jawatan ketua menteri sabah di hadapan Tun Said Keruak- Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang sebelumnya menolak permintaan Datuk Pairin membubarkan DUN Sabah bagi memberi peluang kepada rakyat memilih kerajaan. Tidak sampai setahun Datuk Sakaran meletakan jawatan Ketua Menteri kerana dilantik sebagai TYT Sabah. Datuk Salleh Tun Said ADUN Usukan Kota Belud mengambil alih jawatan Ketua Menteri untuk tempoh dua tahun dalam sistem pengiliran Ketua Menteri. Dua Tahun Bumiputera Islam- Dua Tahun untuk Kaum Cina- Dua Tahun untuk bumiputera bukan islam. Sistem pengiliran Ketua Menteri terus berjalan sehingga tahun 2004. Malangnya setelah Datuk Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri- sistem ini dihapuskan- dan kebetulan ketua menteri Sabah pada masa itu adalah Datuk Musa Aman./ Datuk Musa terus menjadi ketua menteri sehingga kini.

Taring Musa Aman

Pada awal kepimpinan Musa Aman- taring atau keberanian beliau belum terserlah. Musa Aman terus melangkah, mengatur langkah- memastikan bahawa Datuk Abdullah Badawi benar-benar mempercayainya sebagai pemimpin Sabah yang tidak berganti. Sistem mengampuh sepertimana yang dilakukan Datuk Harris kepada dr Mahathir-dilakukan oleh Musa Aman terhadap Datuk Abdullah. Di Sabah- tiada lagi pemimpin kepercayaan Abdullah-kecuali Musa Aman. Kepercayaan Datuk Abdullah terhadap Musa Aman begitu jelas dan nyata- apabila pada PRU-12,Musa Aman yang menentukan calon-calon BN yang mewakili UMNO di Sabah. Musa Aman dalam memilih calon-bukan berpaksi kepada latarbelakang calon-dalam senerio politik awal kemasukan UMNO ke Sabah dalam usaha menumbang PBS. Musa Aman memilih calon yang beliau rasakan dalam “inner circle” beliau

Keberanian Datuk Musa Aman

Epsiod I

Kepercayaan penuh yang diberikan oleh Datuk Abdullah dan hasil keputusan PRU-11 di mana semua kawasan baik DUN maupun parlimen dimenangi oleh BN- maka, pada PRU-12- Musa Aman menunjukan keberaniannya. Tiga pemimpin yang dianggap sangat sinonim dengan kepimpinan negeri selepas generasi Datuk Harris Salleh- digugurkan.

Datuk Salleh Tun Said- dimana ayahnahlah yang menyebabkan bermulanya permerintahan BN yang diterajui UMNO di Sabah digugurkan. Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia- melalui parti AKAR yang sejak awal-awal lagi merupakan titik-tolak melemahnya kekuatan PBS kerana para pemimpin AKAR adalah mantan-mantan pemimimpin PBS dan kemudian membubarkannya untuk menyatu dengan UMNO digugurkan. Datu Amir Kahar Tun Mustapha- dimana ayahnya berkorban membubarkan USNO untuk menggantikannya dengan UMNO digugurkan.

Walaupun tiga pemimpin yang besar-besar ini digugurkan- mereka tetap bersama UMNO dan bertungkus-lumus memastikan bahawa kawasan-kawasan yang pernah mereka wakili memperoleh kemenangan. Walaupun, pada ketika itu-para pemimpin ini merasakan bahawa mereka- telah tidak berfaedah lagi dikaca mata Musa Aman- mereka tetap setia kepada parti mereka- yakni UMNO. Mereka tahu- pemimpin bersilih ganti- tetapi jika parti kalah dan terkubur- adalah lebih sukar mengembalikannya kerjayaannya. Mereka sedar- parti-parti yang telah terkubur- sukar untuk dipulihkan semula. Berpaksikan kepada asas ini-mereka tetap menyokong UMNO dan BN.

Episod II

Setelah PRU-12- dimana keputusannya sangat memeranjatkan di Semanjung- jika tiada Sabah dan Sarawak- sudah pasti kerajaan persekutuan telah berganti. Di semanjung: kepiminan Datuk Abdullah kehilang lima negeri- termasuk negari asalnya Pulau Pinang. Manakala di Sabah- Musa Aman terus menyerlah- kerana semua calon UMNO telah menang-walaupun majoriti agak merosot. Parlimen Sabah- hanya kalah satu- melalui calon PBS- yang dikalahkan oleh DAP- begitu juga ADUN- calon PBS kalah kepada DAP. Walaupun- BN Sabah yang dianggotai oleh: UMNO-LDP-SAPP-MCA-MIC-PBRS-UPKO-Gerakan menang besar- tetapi disebabkan tiupan angin perubahan di semenanjung- menyebabkan pergolakan politik dalaman BN- Sabah. SAPP- pimpinan Datuk Yong Teck Lee- keluar BN- kerana alasannya- hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Abdullah. Majoriti pemimpin SAPP baik yang berjawatan dalam kerajaan Musa Aman- keluar BN- kecuali Timbalan Presidennya- Datuk Raymond Tan. Datuk Raymond Tan- walaupun tidak berparti- masih dipertahankan oleh Musa Aman- atas dasar- bahawa Datuk Raymond Tan- masih menyokong dan menang kerusi ADUN melalui parti BN. Telah setahun berlalu- Datuk Raymond Tan-masih tidak berparti- tetapi masih Timbalan Ketua Menteri.

Keberanian Musa Aman- tidak berganjak dalam isu Datuk Raymond Tan- walaupun bercanggah dengan konsep barisan nasional- dan konsep beliau sendiri. Dr Jeffery Kitingan- pada suatu ketika mengistiharkan dirinya adalah ahli adun bebas penyokong BN- Musa Aman dengan lantang bercakap- tidak ada istilah demikian.

Episod III

Tan Sri Isa Samad- apabila digantung keahlian dalam UMNO selama 6 tahun kemudian dikurangkan kepada 3 tahun kerana terlibat poltik wang dalam pemilihan UMNO- terpaksa meletakan seluruh jawatannya dalam kerajaan maupun parti- kecuali- ahli parlimen. Apabila tindakan yang sama di jatuhkan kepada Datuk Japlin Akim ADUN Usukan dan pembantu menteri dalam kabinet Musa Aman- Ketua Menteri ini awal-awal lagi mengatakan bahawa- Datuk Japlin tidak perlu letak jawatan.

Episod IV

Keberanian Musa Aman- luarbiasa. Parti komponen BN-Sabah seperti LDP- komponen tertua BN-Sabah- menyuarakan konsep pembentukan kabinet yang berpaksikan kepada konsesus komponen parti BN- tetapi kerana keberanian Musa Aman- beliau hanya menjawab- bahawa beliau bersedia mendengar maklum-balas dari parti-parti ini sebelum beliau membuat sebarang keputusan- mengenai kedudukan Datuk Raymond Tan.

Episod V

Keberanian Musa Aman- membuat keputusan bukan didorong oleh kuasa yang dimilkinya melalui kuasa rakyat- tetapi berpaksi kepada ‘ apa yang saya mahu” “saya ini pemimpin”. Falsafah ini- pernah dilakukan oleh Datuk Harris Salleh semasa memasuki penggal kedua kepimpinannya. Datuk Musa Aman- pada masa ini- membuat keputusan menurut kehendak hati nuraninya- untuk kepentingan kuasanya. Sebagai misalan- keputusan awam yang diketahui adalah perlantikan CEO IDS. Hasrul Datuk Ayub Aman adalah anak saudaranya- yang tidak berkelulusan PhD- seperti amalan sebelum ini- bahawa CEO IDS- yang merupakan think-tank negeri Sabah diterajui oleh mereka yang berkelayakan PhD. Bermula dengan Dr Jeffery Kitingan, Dr Maximus Ongkili, Dr Richard Gunting dan kemudian Dr Yakob.
Episod VI

Bibit-bibit keberanian Musa Aman ini secara perlahan mengundang kebencian dan geramnya rakyat biasa, sepertimana yang terajadi terhadap kepimpinan Datuk Harris Salleh. Sebelum PRU- Sabah 1985- Kekuatan Datuk Harris Salleh seolah-olah tidak dapat dibendung. Ahli politik berpengalamanpun seperti dr Mahathirpun mengakuinya sehingga beliau mengatakan “sink and swim with Berjaya”. Secara luaran pada masa ini- kekuatan Datuk Musa Aman- sangat kuat- ini terbukti dengan undi kedua tertinggi dalam majlis tertinggi UMNO bersama-sama Dato Noh Omar- Tanjung Karang Selangor. Musa Aman- terlupa- bahawa kekuatan yang pada dirinya pada masa kini adalah gabungan tenaga dan usaha daripada para pemimpin komponen maupun para pemimpin yang tidak berkedudukan dalam parti. Datuk Musa lupa- bahawa Sabah ini terdiri dari berbagai etnik yang ketara jumlahnya setiap etnik.

Episod VII

Terfikirkah oleh Datuk Musa- jika seandainya sokongan dari etik kadazan-dusun yang diketuai oleh Datuk Pairin- Datuk Bernard Dompok; Datuk Salleh Said dan Datuk Safie Afdal melalui etik bajau; Datuk Lajim Ukin melalui etnik biasaya bersatu menentang kepimpinan beliau- apakah keberaniannya ini dapat berfungsi? Sejarah telah terbukti- apakah melalui parti USNO- Parti Berjaya- sekarang di semanjung apabila Anwar Ibrahim tidak berada dalam UMNO- BN hampir tumbang- dan mempercepat turunnya Datuk Abdullah Ahmad Badawi. daripada kerusi nombor wahid negara.

Pemimpin USNO dan kemudian menjadi UMNO seperti Datuk Rahim Ismail, Datuk Karim Bujang yang mewakili pantai barat Sabah- diketepikan dalam Kabinet negeri- walaupun mereka ini berkemampuan dan menunjukan kepimpinan yang disenangi rakyat. Apakah Datuk Ghafur Salleh- yang merupakan pemimpin ulung daerah Tawau yang diketepikan dalam sebarang jawatan- jika bergabung tenaga dengan pemimpin kelompok yang disebutkan- dapat dicegah oleh keberanian Musa Aman.

Dapatkah Maijol Unaini bersaing dengan Datu Amir Kahar Tun Mustapaha- jika bendehari USBO ini turun padang dalam usaha menentang Musa Aman. Datu Amir Kahar telah terbukti taringnya- apabila ditentang oleh calon BN melalui Datuk Yahya Lampong-

Dapatkah Datuk Hajiji Mohd Nor bersama Datuk Rahman Dahalan serta Datuk Musbah Haji Jamli- dapat membendung pengaruh Datuk Salleh Said bersama Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia- di kawasan Kota Belud dan Tuaran.

Dapatkah Adek Musa Aman- Datuk Anifah Aman- membendung gerakan Datuk Rahim Ismail dan Datuk Karim Bujang di Kawasan Papar dan Kimanis.

Dapatkah Datuk Azizah Muhd Dun Banir menghalang- pengaruh Datuk Lajim Ukin di Daerah Beaufort.

Dapatkah keluarga Abu Bakar Titingan- membendung pengaruh Datuk Gahfur Salleh

Siapakah yang berperanan menghalang kepimpinan Datuk Safie Afdal dan Datuk Nasir Sakaran Di Daerah Semporna

Dan seterusnya- siapakah yang boleh menghalang kepimpinan Datuk Pairin Dan Datuk Bernard Dompok dalam kawasan-kawasan Kadazan-dusun dan Murut.

Pertanyaan-pertanyaan ini perlu diambilkira oleh Datuk Musa Aman dalam menikmati kuasanya yang ada kini. Musa Aman perlu tahu- bahawa dalam politik- tidak ada yang mustahil. Bahawa dalam politik tidak ada kawan yang senantiasa bersama, dan begitu juga sebaliknya- tidak ada musuh politik selamanya.

Episod VIII

Semasa Datuk Harris keluar USNO pada tahun 1976 dan menubuhkan Berjaya- isu utama masa itu adalah isu Datuk Syed Kechik- yang didakwa oleh parti Berjaya telah membolot berjuta-juta hasil balak Negeri Sabah. Parti Berjaya menuduh Tun Mustapha membolot kekayaan Negeri. Tetapi tuduhan-tuduhan ini tinggal tuduhan. Seandainya Tun Mustapha telah membolot kekayaan Negeri- maka mungkin hingga kini- kita dapat menyaksikan istana-istana besar milik bapak kemerdekaan Sabah ini. Semasa pemerintahan Tun Mustapaha- seluruh rakyat menikmati saban tahun hasil pembalakan waktu itu melalui Amanah Tun Mustapha.

Semasa usaha menjatuhkan kerajaan PBS yang dicanangkan oleh Parti AKAR pada tahun 1989- isu masa itu tentang kehilangan wang Yayasan Sabah, konsesi Balak yang dimonopoli oleh pemimpin PBS dan konco-konco nya. Walaupun berbagai usaha walaupun AKAR bersama-sama UMNO dan LDP berganding tenaga melalui konsep BN-Sabah- gabungan ini tidak berjaya menumbang kerajaan PBS melalui peti undi.

Kejatuhan Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris selain isu rakus kuasa tanpa mengambil kira pandangan akar umbi- tetapi juga ada kaitan dengan kebencian rakyat kepada Datuk Harris Salleh yang bersifat pengampuh kepada kerajaan persekutuan. Datuk Harris menyerahkan 95% hasil minyak dan gas kepada persekutuan- menyerahkan pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan-untuk dijadikan Wilayah Persekutuan, menyerahkan jabatan Kastam dan imigeresen kepada persekutuan serta tanah-tanah prime yang ada di bandar terutama bandar kota kinabalu- misalnya bangunan KWSP yang ada sekarang. Datuk Harris menjelang kejatuhannya telah melantik kawan-kawan rapatnya samada menjadi anggota kabinetnya atau pengerusi agensi-agnesi kerajaan negeri tanpa mengira taburan etnik negeri Sabah. Pengagihan projek-projek kerajaan yang diberikan kepada mereka yang berakhir nama khan atau para pemimpin kaki ampuh atau angkat kaki. Jabar Khan bin Napi- dahulu semasa di kampung-hanya bernama Jabar bin Napi- agar supaya tertempias projek- terpaksa menambah nama Khan di hujung namanya.

Gejala ini - seakan-akan berulang di masa pemerintahan Musa Aman. Pemerintahan Musa Aman- ramai yang mengelarnya pemerintahan satu sen- kerana sekecil-kecil projek kerajaan pun- pasti pelaksananya ada kaitan dengan orang Musa Aman atau Anifah Aman. Pemotong rumput ditepi jalan misalnya- apabila ditelusuri di mana syarikat itu berasal- pasti berasal dari daerah Sandakan. Malah dalam dewan undangan negeri pun perkara ini dibangkitkan oleh ADUN Kuamut Masiung Banah- walaupun ADUN ini tidak menyebut secara spesifik tetapi melalui kiasan “ jangan sentuh: ini orang atas punya”.

Rakyat diperingkat akar umbi sekarang ini telah mula beralih arah- terutama generasi muda- di mana bilangannya menguasai daftar undi pemilih untuk PRU-13. Mereka-mereka ini menyaksikan kerakusan para pemimpin termasuk anak-anak pemimpin dan juga sanak saudara pemimpin. Generasi ini menyaksikan dengan ketara antara mereka yang sama-sama membesar dengan anak-anak para pemimpin ini telah terjadi lonjakan perbezaan yang sangat ketara dalam segi penghidupan. Anak-anak para pemimpin yang rapat dengan Musa Aman- dengan cepat mempunyai kekayaan yang luar biasa- memandu Ninja King V-8 sekurang-kurangnya. Jika taburan pengagihan kekayaan ini merata- tidak lah menjadi persoalan- tetapi pengagihan kekayaan ini hanya tertumpu- kepada mereka yang hanya rapat dengan Musa Aman.

Kebencian rakyat bermula dengan menyaksikan keadaan ini. Musa Aman tidak dapat membendung kebencian ini. Rakyat tidak boleh menerima- apabila pemimpin mereka diketepikan- kerana bagi mereka- pemimpin itu adalah wadah untuk meminta pertolongan di kala tersepit- dikala terdesak. Datuk Musa Aman- masa ini hanya dikelilingi oleh para pemimpin yang berjuang untuk kepentingan pribadi- jauh sekali kepentingan rakyat. Ramai pemimpin yang dicipta oleh Musa Aman- dengan sekelip mata punya rumah mewah-punya kereta berjenama berbuah-buah- jika dahulunya hanya makan di kedai-kedai mamak- sekarang ini- cuma berselera di hotel-hotel mewah seperti Hotel Le Meridian milik Anifah Aman.

Episod Akhir

Apakah kebencian rakyat ini akan meledak melalui PRU-13. Berasaskan kepada keadaan ini- saya yakin ledakan ini akan terjadi melalui PRU-13 kerana bibit-bibitnya telah ternampak melalui PRU-12. Calon-calon BN yang dianggap ternama hanya ditentang oleh calon-calon bidan terjun- tetapi memberi saingan sengit kepada calon-calon BN. Keadaan ini mesti dibendung- kerana kata bidalan: marahkan nyamuk kelambu dibakar. Keadaan ini mesti disusul dengan tindakan yang segera oleh pemimpin BN- Sabah yang berada di luar kelompok Musa- kerana jika tidak- kapal yang sama-sama kita tumpangi akan tenggelam dan karam bersama Musa Aman. Tiada yang sanggup menerima padah- kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit, kerana nila setitik susu sebelanga rosak. Tindakan Musa Aman mempertahankan Raymond Tan Dan Datuk Japlin Akim dalam kabinet dan melantik orang-orang yang ada kaitan saudara dengannya dalam agensi-agnesi startegik menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Musa. Selagi Musa Aman menerajui Parti BN- Sabah- maka rasanya pertukaran kerajaan akan terjadi di negari di bawah bayu ini pada PRU-13. Kuasa silent majority amat sukar di ramal- kerana air tenang- jangan disangka tiada buaya.

Ikhrar Datuk Salleh Tun Said mempertahankan bahawa Sabah merupakan simpanan tetap BN hanya angan-angan selagi Musa mempunyai kata putus muktamad dalam segala pekara baik kerajaan maupun parti. Datuk Salleh hanya mempunyai peranan jika ada mesyuarat parti- tiada ada tangan dalam pentadbiran negeri apa lagi pengagihan projek-projek kepada rakyat. Datuk Seri Safie Afdal berada non jauh di Kedah sebagai pengerusi UMNO kedah- kerana atas kapasitinya sebagai Naib Persiden UMNO yang ke-tiga. Melalui tulisan ini- adalah diharapkan sebelum nasi mejadi bubur- lebih baik mengatur langkah untuk menyelamatkan kerajaan BN tersungkur di medan pertandingan.

No comments:

Blog Archive