Friday, May 08, 2009

Pemimpin UMNO Tak Terpilih perlu bantu mantapkan parti

SELEPAS menyusun barisan Kabinet dan barisan kepemimpinan Umno dengan membuat beberapa pelantikan yang dilihat berupaya bukan saja mengukuhkan parti, malah meyakinkan masyarakat umum terhadap parti yang menjadi tunjang bagi orang Melayu dan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN). Walaupun ada yang dilantik semula mendapat kritikan daripada mantan PM Dr Mahatahir.
Selain melantik campuran pemimpin veteran dan muda untuk barisan kepemimpinan pada peringkat pusat iaitu Majlis Tertinggi (MT), Presiden Umno itu juga mengumumkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, bagi mengukuhkan lagi kedudukan parti khususnya di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Pelantikan semula Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung Umno dilihat kerana mengambil kira pengalamannya menguruskan ibu pejabat parti, selain membantu memantap jentera BN di Wilayah Persekutuan. Begitu juga dengan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah yang dilantik sebagai Bendahari parti yang baru.Menteri Kewangan Kedua itu mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi dan kewangan, selain rekod bersihnya sepanjang kempen pada pemilihan Umno pada mac yang lalu.
Namun, kejutan berlaku apabila Ahli Parlimen Pontian merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan dilantik sebagai Ketua Penerangan. Sebelum ini, lazimnya jawatan itu disandang tokoh besar dalam parti atau menteri.
Selain itu, pelantikan bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang tewas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pemilihan parti bulan lalu, sebagai ahli MT, menunjukkan khidmatnya masih diperlukan apatah lagi ketika negara berdepan kegawatan ekonomi.
Jelas sekali Datuk Najib dalam membuat perlantikan tidak mahu penyokong pemimpin tertentu berkecil hati apabila melantik Datuk Seri Mohd Ali Rustam ke jawatan MT selepas tidak layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.
Beberapa lagi tokoh yang tewas atau tidak bertanding pada pemilihan parti baru-baru ini, turut dilantik ke dalam MT, termasuk Datuk Seri Rais Yatim dan Dr Wan Norashikin Wan Nordin, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Gajah, Perak. Bagaimanapun, lapan negeri mendapat Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang baru dengan Najib mengetuai Umno Selangor, manakala Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai Wilayah Persekutuan – langkah yang dilihat bagi memperkuatkan parti di dua wilayah yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Pemimpin utama parti turut diberi peranan sama termasuk tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Kedah) dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Terengganu).
Di Sabah,kembalinya mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said, yang pada suatu ketika terpaksa meletak jawatan sebagai Ketua Menteri kerana faktor sistem pengiliran kembali diberi tugas di peringkat negeri apabila dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO di bawah kempimpinan Datuk Musa Aman.
Kepada mereka yang digugurkan atau diturunkan ke jawatan nombor dua pada peringkat perhubungan negeri, janganlah berkecil hati, sebaliknya perlu terus membantu memantapkan jentera parti.
Turun padanglah, bermesyuarat di kawasan masing-masinglah,dampingi rakyatlah agar supaya rakyat senantiasa dekat dihati.

No comments:

Blog Archive