Latest News

PRU-14: KEMPEN PENYOKONG TUN DR MAHATHIR DAN KAWAN-KAWAN


MEREKA berkempen agar rakyat jangan menonton TV3 atau RTM dan jangan membaca surat khabar arus Perdana, kerana menurut mereka, media-media itu membawa mesej atau propaganda kerajaan Bn mempengaruhi minda rakyat, sebaliknya mereka menggalakkan rakyat mendapat berita atau maklumat daripada portal-portal on line atau real time, kerana menurut mereka portal-portal sedemikian menyiarkan atau melaporkan berita-berita atau maklumat seimbang.

Selain itu, mereka meminta rakyat jangan hadir pada ceramah-ceramah Bn, kerana ceramah-ceramah itu tiada sesuatu yang baharu, kecuali membidas pembangkang.

Mengundi Bn bermakna mengundi harga barang naik, mengekalkan GST, mengekalkan perompak dan penyanggak.

Mengundi Bn, maka membolehkan kerajaan itu melaksanakan polisi-polisi tidak populis, seperti pelaksanaan GST selepas PRU-13.

Apabila kerajaan baru mengambil alih, maka tindakan populis akan diambil oleh kerajaan baharu seperti pemansuhan GST, menyediakan air percuma.

Mengundi Pakatan Harapan, maka berakhirlah tempoh masa jawatan Perdana Menteri yang tiada had, kepada dua penggal.

Sejauh mana kempen mereka itu dapat mempengaruhi rakyat? Sejauh mana portal berita on line www.sebenarnya.my melawan kempen seumpama itu. Memang diakui, sejak dilancarkan portal yang disediakan agensi kerajaan itu telah mendapat hits 15juta. Apa kah hits itu memggambarkan jumlah sebenar pengundi yang juga berjumlah 15juta, atau jumlah hits itu daripada pelayar yang berulang?

Melihat cara penyokong Tun Dr Mahathir dan kawan-kawan berkempen, maka pihak kerajaan perlu menyedia cara, agar kempen itu tidak berjaya.

Blog Archive