Latest News

Tun M-PM PH- Anwar Dipatok Ular dari lubang Yang Sama

PERMAINAN politik, sekali lagi membuktikan, bahawa politik itu merupakan satu bentuk permainan yang penuh dengan kemungkinan.

Memang ramai tersentak, apabila Tun Mahathir boleh berkawan dengan Lim Kit Siang, lagi ramai tersentak, apabila Tun M bertaut semula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apabila Tun M keluar daripada Umno, ramai yang tidak hairan, kata mereka, memangpun diramalkan.

Kini ramai yang tersentak, apabila Tun M dinamakan PM menunggu bagi PH., kerana sebelum ini, PM menunggu dikatakan Tan Sri Muyiddin Yassin atau Lim Kit Siang sebelumkan menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar.

Kejayaan Tun M untuk dinamakan sebagai PM, meskipun dengan istilah PM SEMENTARA, merupakan kejayaan menakluki para pemimpin PKR.

Kejayaan Tun M itu, merupakan proses mempermudah kepada anak beliau- Datuk Mukhriz menjadi PM ke-8. Anggapan PKR, bahawa Anwar adalah PM ke-8, walaupun sebelum ini, parti Gerakan Reformasi itu, bahawa Anwar bakal PM-7, tidak akan terealisasi.

Penghalang utama, merealisasikan impian Anwar menjadi PM, sekali lagi dilakukan oleh orang yang sama, iaitu Tun M.

Rupanya, Anwar adalah contoh individu yang dipatuk ular pada lubang yang sama, mencontohi, kali ke-2 beliau menghuni Sungai Buloh, kerana faktor yang sama.

Kalaulah, Tun M menjadi PM semula menjadi realiti, maka ianya akan menjadi rekod dalam negara, selain itu, rekod juga dicatit, kerana tiada PM negara ini, hanya berkhidmat antara 6-12 bulan. Juga, rekod di negara ini akan menjadi catitan sejarah, apabila PM merupakan mantan banduan.

PH menyadari, khususnya DAP, bahawa menawan Putrajaya hanya satu cerita fantasi, satu cerita fiksi. Kerana kesedaran itu, maka beria-ia sangat melantik Tun M calon PM, kerana ikut falasafah Tan Sri Muhiyiddin Yassin, perlantikan Tun M adalah sebagai maskot menarik sokongan kaum melayu/bumiputra menyokong PH dalam PRU-14. DAP berharap, faktor fantasi dan fiksi menjadi relaiti, seperti kata orang, belum cuba belum tahu, maknanya, lebih baik mencuba, manalah tahu menjadi kenyataan.

Namun, apa yang boleh disimpulkan melalui tindakan penamaan Tun M sebagai PM menunggu, merupakan satu tamparan hebat kepada parti PKR, kerana kewujudan parti itu, hanya satu tujuan, meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri. Menjatuhkan Tun M, adalah salah satu tujuan wujudnya parti itu.

Di mana sudah kah maruah Gerakan reformasi? Senario terkini, semua maruah gerakan itu telah hanyut ke laut.

Apa kah kerana impian ke Putrajaya hanya merupakan fantasi, sebab itu Datuk Wan Azizah tiada halangan bahawa mantan seteru keluarga beliau, bertukar kepada bos, kerana, ianya hanya merupakan catitan atas kertas?, tidak membawa erti apa-apa. Jika demikian, maka Anwar terhindar daripada dipatok ular daripada lubang yang sama, khususnya untuk jawatan PM

1 Response to "Tun M-PM PH- Anwar Dipatok Ular dari lubang Yang Sama"

Anonymous said...

Bodoh bin Bangang!

Blog Archive