Latest News

Kerajaan Campuran Di Kedah?

DALAM politik tiada istilah TIDAK mungkin!!!. Pada PAU Umno Disember lalu, DS Najib menghulurkan salam silaturahim kepada Parti Pas. Apa kah ada hubungan dengan krisis yang disengajakan melalui penggantian MB Kedah?

Daripada 15 ADUN Pembangkang di DUN Kedah, 8 daripada Pas, manakala 4 PKR, 2 DAP dan 1 Amanah.

Memandangkan daripada 21 ADUN Bn yang dipanggil pihak Istana semalam, ada tanda-tanda bahawa pihak Istana mendapat maklum balas, bahawa tidak terdapatnya sekurang-kurang 19 ADUN menyokong menyingkir Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir, maka petang ini, giliran ADUN pembangkang pula diminta menghadap wakil Istana.

Melihat kepada kejadian semalam, mungkin ada kebenaran 3 ADUN yang dikatakan menandatangi surat akaun menyokong penyingkiran Mukhriz, telah menafikan berbuat demikian. Jika itu benar-benar berlaku, maka hanya 16 ADUN yang bersetuju kepada tindakan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri- Dato Ahmad Bashah Hanipah.

Jika petang ini, semua ADUN pembangkang membantah penggantian Menteri Besar, maka kemungkinan besar berlaku kerajaan campuran di Kedah. Sama-sama kita tunggu.

3 Responses to "Kerajaan Campuran Di Kedah?"

Anonymous said...

Kalau MB beri cadangan Kerajaan Perpaduan tentu Istana setuju. Rakyat pasti setuju.

Tapi pasti ade yg tak setuju

Anonymous said...

Kompom yang tak setuju adalah PUAK BANGKAI yang terima habuan RM2,6 Billion!!!

Anonymous said...

Kerajaan campuran UMNO PAS memang eluk. Tapi budaya u turn dalam PAS sukar diterima akal yg waras.

Blog Archive