Latest News

Antara Penyingkiran Mukhriz dan PRU-14

Politik Malaysia, jarang betul berkiblat pada individu. Dalam sejarah politik negara, tidak pernah berlaku, bahawa sesebuah kerajaan yang disokong majoriti tumbang kerana penyingkiran seseorang pemimpin.

Bermula daripada Dato Onn Jaafar Presiden Umno yang pertama yang meletakan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan daripada majoriti, tidak menyebabkan Umno hilang kuasa. Malah semasa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dipecat daripada Umno, Umno tidak hilang kuasa. Demikian juga penyingkiran beberapa pemimpin selepas pemilihan Tahun 1987, penyingkiran Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, tidak menyebabkan Umno kehilangan kuasa.

Proses penyingkiran Dato Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar bermula apabila 14 Ketua Bahagian Umno Kedah, daripada 15 pada 20 Januari yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Dato Ahmad Bashah Hanifah telah hilang kepercayaan terhadap MB Kedah yang ke-11 tersebut. Kumpulan 14 itu antara lain disertai oleh dua Menteri Kabinet dan dua Timbalan Menteri serta berapa MP salah  seorang  adalah MP yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Perkembangan seterusnya, selepas sidang akhbar itu, satu pertemuan kumpulan itu dengan Perdana Menteri di Bangunan Umno-PWTC, namun tiada sebarang pengumuman. Namun, spekulasi daripada berbagai pihak termasuk laporan media termasuk blog pro Bn, kononnya 19 ADUN daripada 21, ADUN BN Kedah telah menandatangani surat akuan penyingkiran Mukhriz. 19 Adun itu, 17 daripada Umno and 2 ADUN MCA. Dalam perkembangan yang sama 2 ADUN MCA menafikan ada meletakkan tandatangan pada surat akuan yang telah siap disediakan.

Melihat kepada laporan walaupun belum disahkan, tiada sebab Mukhriz boleh bertahan pada jawatan MB, kerana sejarah Kedah membuktikan, setiap MB yang ingin diganti, lambat laun akan tersingkir.

Apa yang menjadi muskhil kepada Bn adalah, apa kah penyingkiran Mukhriz berimpak positif kepada parti itu, khususnya berdepan dengan PRU-14, kerana kumpulan yang menolak Mukhriz itu, merupakan kumpulan yang sama yang menyebabkan Bn Kedah kalah pada PRU-12, malah salah seorang daripada kumpulan itu, adalah MB Kedah pada masa itu.

Cara penyingkiran Mukhriz, tidak sama dengan penyingkiran MB lalu, kerana masa itu yang menggantikan MB bukan salah seorang pemimpin yang menyebabkan Bn kehilangan kuasa di negeri Jelapang padi itu.

Berasaskan sejarah politik tanah air, tiada pemimpin atau , kumpulan pemimpin yang menerajui sesebuah kerajaan yang tewas, kemudian bangun kembali mencapai kemenangan. Nampaknya, penyingkiran Mukhriz, akan mengembalikan Kedah kepada pemerintahan Pembangkang selepas PRU-14, and mungkin juga berimpak secara keseluruhan kepada Bn, sehingga Putrajaya terpaksa diserahkan

3 Responses to "Antara Penyingkiran Mukhriz dan PRU-14"

Anonymous said...

Cara penyingkiran Mukhriz, tidak sama dengan penyingkiran MB lalu, kerana masa itu yang menggantikan MB bukan salah seorang pemimpin yang menyebabkan Bn kehilangan kuasa di negeri Jelapang padi itu.

Berasaskan sejarah politik tanah air, tiada pemimpin atau , kumpulan pemimpin yang menerajui sesebuah kerajaan yang tewas, kemudian bangun kembali mencapai kemenangan. Nampaknya, penyingkiran Mukhriz, akan mengembalikan Kedah kepada pemerintahan Pembangkang selepas PRU-14, and mungkin juga berimpak secara keseluruhan kepada Bn, sehingga Putrajaya terpaksa diserahkan

# DI ATAS ADALAH SATU ULASAN DAN RUMUSAN YANG CUKUP BAIK..

# TAHNIAH TUAN BLOGGER..!!!

Anonymous said...

Setakat ini Mukhriz masih keseorangan disana. Semua pihak masih sabar menunggu reaksi terkini rakyat Kedah. Yg kita difahamkan penyokong Mukhriz adalah anak muda. Maka kalau boleh saya nak lihat satu momentum yg mampu mengoncang dunia yg boleh merubah pandangan penentangnya serta....membawa kejayaan BN pd PRU14. Anggaplah Mukhriz masih diberikan peluang menunjukkan sokongan. Umno spt biasa mahu lihat angka bukan cakap kosong! Tapi kalau ada gerakan menentang "selepas" pemecatan Mukhriz itu dari kem pembangkang. Umno pasti akan lawan cara berhadapan pembangkang.

Anonymous said...

Mukriz bukan faktor kekuatan BN kerana dia bukan siapa2 pun sebelum ini. Dia jadi MB secara bidan terjun diatas kerja keras orang lain. Dah tu dia jadi MB part time pulak tu, bikin sulit orang Kedah je.

Blog Archive