Latest News

Berdolak Daliknya Pembangkang

RAKYAT negara ini mungkin masih ingat sebelum PRU-13, bagaimana Pembangkang memberi harapan palsu kepada rakyat. Mereka mencipta Pakatan Rakyat dan cuba menggambarkan kepada rakyat, bahawa cahaya dihujung terowong mulai kenampakan, ertinya merekakononya melihat jalan ke menunju Putrajaya semakin terang. Dalam rangka membawa rakyat dalam lamunan, mereka membidas segala tindakan kerajaan, daripada Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Tol, GST dan subsidi, bayaran pintu, tarif litrik, tarif air dan sebagainya. Namun, selepas itu, apabila masa menentukan, rupanya mereka hanya berdolak dalik.

BR1M

Menjelang PRU-13, Dr Dzulkefly Ahmad daripada Pas. masa itu sebagai anggota penggubal Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat, membuat kenyataan, apabila Pakatan Rakyat dapat merampas Putrajaya, maka BR1M akan dimansuhkan.

Bagi Pembangkang BR1M merupakan tindakan membeli undi dan ianya tidak sesuai dalam sistem demokrasi. Namun, selepas PRU-13, BN terus memerintah, dan meneruskan BR1M dengan jumlah yang terus bertambah. Melihat keadaan ini, pembangkang membantah lagi, kononya kenaikan bayaran BR1M hanya akan menambah perbelanjaan kerajaan.

Apa yang memeranjatkan, apabila melalui Bajet 2016, PM mengumumkan kenaikan BR1M sebanyak RM50 pada tahun 2016, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membidas kenaikan tersebut cukup kecil, sebaliknya perlu ditambah. Lihat bagaimana Pembangkang berdolak dalik bertahun-tahun, kerana sekian lama menganggap pemberian BR1M sebagai tindakan membeli undi, tetapi tegak menuntut bayaran lebih tinggi? Melihat kepada keadaan ini, rakyat perlu mengambil iktibar, bahawa apa sahaja bangkangan pembangkang terhadap tindakan-tindakan atau polisi kerajaan, sebenarnya hanya tindakan palsu dan berdolak dalik.

Tol

Terlalu lama, sebelum PRU-2008 pun pembangkang senantiasa menghasut rakyat berkaitan dengan pemansuhan bayaran tol. Mereka berhujah, tol hanya menguntungkan para kroni kerajaan, malah mereka menyatakan, bayaran tol adalah satu cara merompak wang rakyat.

Namun, apa yang memeranjatkan, apabila DS Najib Razak mengumumkan bahawa Lebuhraya yang menghubungkan Sabah dan Sarawak Trans-Borneo atau Pan Borneo merupakan lebuhraya bebas tol atau tidak bertol, Rafizi Ramli MP Pandan daripada PKR hampir jatuh dikerusinya kerana melompat, sambil berkata, bahawa betapa tidak adilnya kerajaan, kerana tidak mengenakan tol pada lebuhraya tersebut. Ertinya terdedahah bagaimana pembangkang bercakap berdolak dalik. Bagi pembangkang, mengenakan bayaran tol salah, tidak mengenakanpun salah.

Lihat bagaimana berdolak daliknya pembangkang?

Lebuhraya di Selangor

SUKE (Sungai Besi-Hulu Klang Expressway), DASH (Damansara-Shah Alam Elevated Expressway) and EKVE (East Klang Valley Expressway) adalah tiga lebuhraya yang diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Selangor. Dan semua lebuhraya ini adalah bertol. Lihat bagaimana pembangkang memerangkap rakyat. Penduduk Selangor, kena ingat betul-betul bagaimana janji-janji pembangkang sebelum merampas Kerajaan Selangor.

GST

Sejak diumumkan bahawa kerajaan mengantikan sistem percukaian lama SST kepada GST bermula 1April 2015, pembangkang bagaikan manusia-manusia gila. Mereka membantah sistem percukaian tersebut termasuk mereka-reka berbagai alasan yang tidak termasuk dalam ilmu ekonomi ataupun perakunan. Mereka ke sana ke mari dengan apa sahaja peluang bercakap, bahawa GST merupakan cara kerajaan merompak wang rakyat. Namun, apa yang memeranjatkan melalui bajet alternatif mereka bagi Tahun 2016, memasukkan GST akan tetapi dengan kadar 3peratus berbanding kerajaan 6peratus. ertinya sekali lagi mereka berdolak dalik-dalik. Mereka cuba mengelirukan rakyat dengan permainan angka-angka, bukan berasaskan kepada perkiraan ekonomi, akan tetapi angka suka-suka.

Cukai Pintu, Bayaran Perniagaan, Tarif Air

Di Pulau Pinang dan Selangor, semua bayaran tersebut dinaikkan berlipat ganda, selepas dua negeri itu ditawan pembangkang. Akibat kenaikan tersebut, hanya peniaga yang berdaya maju sahaja boleh berniaga, sedangkan yang lain tutup kedai malah golong tikar. Berkaitan dengan kenaikkan tarif air di Pulau Pinang, ianya lebih membebankan rakyat berketurunan melayu. Tujuan kepada kenaikkan tarif air dan cukai pintu, adalah tindakan jangka panjang, agar penduduk melayu di Pulau itu menjual harta mereka dan berpindah ke negeri-negeri lain. DAP mempunyai perancangan jangka panjang, Pulau Pinang akan menjadi Singapura kedua.

2 Responses to "Berdolak Daliknya Pembangkang"

Anonymous said...

Pemimpin pembangkang pakar dalam merekayasa fitnah dan dakwaan palsu, tapi x de kepakaran dalam bidang ekonomi dan pentadbiran kot.

Master Sgp said...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau

KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

Blog Archive