Sunday, August 02, 2015

Umno Bukan Tulang Belakang Kerajaan Lagi

1. Untuk kali pertama, kerajaan Persekutuan bukan lagi ditulang belakangi Umno. 

2. Melalui rombakkan kabinet Persekutuan pada 27 Julai, Perdana Menteri telah menzahirkan bahawa penguasaan Umno dalam kerjaan telah berakhir.

3. Mengenepikan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ke dua Umno, menyokong fakta, bahawa Umno bukan tulang belakang kerajaan.

4. Najib membuka dimensi baru, bahawa kerajaan Persekutuan, tidak selamanya ditulang belakangi Umno, sebaliknya oleh para pemimpin atau individu yang sepasukan dengan Perdana Menteri.

5.Nampaknya transformasi politik Malaysia bermula, kerana sejak merdeka, biasanya jawatan-jawatan dalam kabinet persekutuan tidak terlepas daripada kedudukan seseorang dalam susunan kepimpinan Umno.

6. Memang benar satu ketika Tun Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden Umno, namun bukan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Keadaan itu berlaku bukan kerana kehendak Perdana Menteri akan tetapi kehendak Tun Musa sendiri.

7. Bagi Tun Abdul Ghafar Baba pula, juga bukan kehendak Perdana Menteri, kerana mantan TPM tersebut kalah dalam pemilihan.

8. Kedudukan Anwar Ibrahim tersingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, kerana dipecat bagi kedua-dua posisi.

9. Bagi kedudukan Naib Presiden Umno, tanpa menyertai kabinet, sudah menjadi biasa, kerana sebelum ini ramai juga Naib Presiden tidak menyertai kabinet. Akan tetapi bagi jawatan Timbalan Presiden, inilah kali pertama, berlaku, apabila Timbalan Presiden dilucutkan daripada jawatan.

10. Berasaskan kepada tindakan Perdana Menteri pada 27 Julai, semua pemimpin perlu mengambil iktibar, bahawa kedudukan Pengerusi Umno negeri, tidak semestinya akan menjadi menteri besar atau ketua menteri bagi negeri-negeri yang dikuasai Umno. Atas sebab itu, bagi para pemimpin yang menerajui negeri kerana status Pengerusi Umno negeri, perlu berlapang dada, jika perubahan kepimpinan di peringkat negeri berlaku, bukan atas kapasati sebagai pemimpin Umno, kerana keutamaan transformasi politik baru Perdana Menteri menekankan kepada berpasukan.

No comments:

Blog Archive