Latest News

Selagi Kemelut 1MDB Tidak Selesai- Rakyat Tetap Pandang Serong Pada DS Najib

1. Selagi kemelut 1MDB tidak selesai, selagi itu, rakyat pandang serong terhadap Perdana Menteri.

2. Kecurigaan rakyat bertambah, apabila pemimpin dan individu yang menginginkan kemelut 1MDB diselesaikan, dipecat daripada jawatan masing-masing.

3. Bagi tujuan melambatkan siasatan, maka empat anggota PAC dinaikkan pangkat termasuk pengerusinya sekali.

4.Tindakan drastik yang dilakukan Perdana Menteri pada Selasa (27 Julai) menggamit persepsi, bahawa ada sesuatu perkara besar yang mahu disembunyikan dalam 1MDB.

5. Tindakan Perdana Menteri merombak kabinet dengan menggugurkan pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau berkaitan 1MDB serta melucutkan jawatan Peguam Negara, dan melantik anggota PAC yang mewakili BN dalam jawarankuasa itu, memang tindakan bijak untuk mengurangkan tekanan kepada beliau, kerana semakin rancak siasatan, maka semakin banyak perkara-perkara yang terbongkar, termasuk akan ramai lagi bakal ditangkap.

6. Sebelum tindakan drastik Perdana Menteri pada 27 Julai, seramai 5 individu telah ditangkap oleh Petugas Khas bagi tujuan siasatan berkaitan dengan 1MDB. Terlihat bahawa para individu tersebut material penting, kerana dilihat dalam jumlah jaminan antara RM50,000-RM100,000 selain penjamin.

7. Entah apa yang bermain difikiran Perdana Menteri, kerana tindakan beliau semacam melengah-lengahkan keputusan 1MDB. Malah kata sandi bagi semua anggota kabinet adalah- Jangan bercakap berkaitan 1MDB, selagi siasatan belum selesai. Malah Tun Dr Mahathir sendiri, secara sinis, tidak mahu bercakap berkaitan 1MDB, kerana menurut beliau, ianya merupakan satu jenayah.

8. Pemimpin yang bercakap berkaitan 1MDB, selain telah dipecat, juga bakal kehilangan keanggotan dalam parti, kerana tanda-tanda itu telah terlihat. 

9. Bagi AYT, apapun tindakan mengekang sesiapa sahaja bercakap berakitan 1MDB, tidak akan meredakan pandangan serong kepada Perdana Menteri, selagi keputusan berkaitan 1MDB tidak didedahkan kepada umum.

10. Apa yang rakyat mahu tahu, cukup jelas, apakah RM2.67bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri bukan wang 1MDB.

9 Responses to "Selagi Kemelut 1MDB Tidak Selesai- Rakyat Tetap Pandang Serong Pada DS Najib"

jgn jadi bodoh!!! said...

#pecatJibby
#selamatkanUmno

jgn jadi bodoh!!! said...

#pecatJibby
#selamatkanUmno

Anonymous said...

Kerana masalah peribadi Najib dan kuncu-kuncu, kerana skandal jenayah Najib yang diheret oleh Najib dan kuncu-kuncu ke dalam UMNO, maka berlaku perpecahan dan kerosakan di dalam UMNO.

Sebelum ini tak pasal-pasal kerana nak selindungkan skandal jenayah Najib dan kuncu-kuncu yang telah diheret ke dalam UMNO hingga imej UMNO menjadi rosak di peringkat akar umbi rakyat dan ahli akar umbi UMNO sendiri, maka Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal pula yang dipecat dari jawatan kabinet sedangkan mereka tak ada buat salah apa-apa pun, Najib dan kuncu-kuncu ada skandal jenayah, tapi Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie pula yang dijadikan mangsa.

Sekarang ini pun dah ada ura-ura beberapa Menteri Besar yang akan disingkirkan kerana mereka tak mau jadi pecacai Najib yang telah menyeret masalah peribadi skandal jenayah dia dan kuncu-kuncunya di mana Menteri Besar-Menteri Besar berkenaan akan disingkirkan dan digantikan dengan tukang ampu Najib pula. Harapnya ini hanyalah spekulasi sahajalah, harapnya tak berlakulah perkara ini, tapi kalau berlaku juga perkara sebegini, Najib memang membawa malapetaka kepada UMNO, sudahlah masalah skandal jenayah dia dan kuncu-kuncunya diheret ke dalam UMNO, lepas tu heret UMNO untuk turut terpalit dengan skandal jenayahnya itu, kemudian gunakan UMNO untuk singkirkan pihak-pihak yang tak mau menjadi balaci yang bersekongkol melindunginya itu pula.

Sekarang ini dalam bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara sendiri dah berlaku sindrom pengampu dan pembodek Najib untuk mendapatkan habuan sebagaimana para pembodek yang membela dan melindungi skandal jenayah Najib sebelum ini yang mana dalam rombakan kabinet baru-baru ini mereka yang pengampu dan pembodek bertaraf pecacai itu diberikan jawatan menteri dan timbalan menteri, sedangkan ahli jemaah kabinet yang senior seperti Tan Sri Muhyiddin yang sebelum ini Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran serta Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dipecat dari jawatan masing-masing.

Kini sudah ada tiga bahagian yang sudah dijangkiti sindrom pembodek dan pengampu, mereka lebih rela membodek dan mengampu daripada mencari kebenaran. Bahagian yang pertama adalah Raub, jemputan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu telah dibatalkan, biasalah di negeri Najib, tentunya mereka akan membodek Najib, dengar khabarnya Ketua Bahagian Raub adalah antara calon untuk dijadikan Menteri Besar Pahang yang baharu selain seorang calon lagi iaitu Datuk Sharkar ADUN Lancang / Ketua UMNO Bahagian Temerloh yang turut diura-urakan untuk dijadikan Menteri Besar kerana Menteri Besar sekarang ini Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob akan disingkirkan, mungkin sebab tidak mau jadi balaci Najib juga kot.

Kemudian bahagian yang kedua adalah Bahagian Sungai Besar, Selangor, Ketua Bahagian Datuk Jamal Mat Yunos, tauke Restoran Ikan Bakar Sekinchan adalah antara sekutu dan kuncu tegar Najib pun turut membatalkan jemputan yang dibuat kepada Tan Sri Muhyiddin untuk merasmikan mesyuarat UMNO bahagian itu.

Kemudian bahagian yang ketiga setakat ini adalah Bahagian Tanjong Malim yang diketuai oleh Datuk Khusairi bin Abu Talib, dia membatalkan jemputan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir yang sebelum ini dijemput untuk merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Tanjong Malim kerana disebabkan Datuk Seri Haji Mukhriz hadir ke rumah Tan Sri Muhyiddin dan mereka mengesyaki Datuk Seri Haji Mukhriz adalah penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, biasalah Bahagian Tanjong Malim adalah dalam negeri Timbalan Perdana Menteri yang baharu iaitu Zahid Hamidi, nak bodek Zahid dan Najiblah.

Besambung.................

Anonymous said...

Sambungan.................

Malahan di Johor pun ada dah penentangan dari Ketua UMNO Bahagian Pengerang Datuk Azalina Othman Said, dia sepakat dengan kuncu-kuncu Najib supaya Tan Sri Muhyiddin tak dijemput, manakalah kalau dah buat jemputan maka perlu dibatalkan dari merasmikan mesyuarat UMNO di bahagian-bahagian, kerana baru lepas dapat habuan jadi Timbalan Menteri Pelancongan, nak jaga jawatan punya pasal.

Lihatlah Datuk Seri / Datin Seri / Tan Sri / Puan Sri / Datuk / Datin / tuan-tuan / puan-puan / cik sekalian, kerana masalah masalah peribadi skandal jenayah Najib dan kuncu-kuncu diheret ke dalam UMNO untuk diselindungkan, maka UMNO jadi huru hara.

Sebabnya Najib hingga kini tak menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, berlaku bermacam-macam andaian di luar sana, UMNO berpecah belah kerana Najib, tapi dia masih tak sedar diri dan terus dengan cara lahanatnya itu kerana bagi Najib dan kuncu-kuncu, keutamaan adalah mempergunakan UMNO dan Barisan Nasional bagi menyorokkan segala skandal jenayah mereka walaupun rakyat dah mula hidu bau busuk dari skandal jenayah Najib dan kuncup-kuncunya inia makin membusuk di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Najib lebih mementingkan diri sendiri berbanding parti, kerana masalah peribadi skandal jenayahnya itu, maka parti jadi huru hara. Ditambah lagi pula dengan para pengampu, pembodek yang hanya mau menangguk di air keruh dengan harapan diberikan habuan samada jawatan menteri, timbalan menteri, atau pengarah itu dan ini, atau habuan projek atau habuan wang ringgit, maka makin menambahkan lagi rosak di dalam UMNO dan Barisan Nasional selama ini.

Isunya kini hanya kerana Najib mendiamkan diri, tak ambil tindakan undang-undang atau membuat Pengkuan Berkaunan terhadap segala dakwaan terhadapanya yang didakwa menyeleweng di dalam 1MDB serta isu USD 700 juga bersamaan RM 2.63 billion yang didakwa dimasukkan ke akaunnya yang mana akaunnya itu dibuka hanya beberapa bulan sahaja, dibuka beberapa bulan sebelum PRU 13, dan ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, hingga kini Najib tak memberikan penjelasan apakah dia pernah buka dua buah akaun itu dan apakah duit USD 700 juta dollar bersamaan RM 2.63 billion itu pernah masukkan ke akaunnya, semunya huru hara kerana Najib membiarkan perkara ini tergantung begitu sahaja, mungkin ini yang Najib hendak, supaya dia punya lebih panjang masa untuk buat penyelewengan yang seterusnya bagi menutup penyelewengan yang sebelum ini sedangkan dia tahu penyelewengan tak boleh ditutup dengna penyelewengan, kerana akan terbongkar jua dan menjadi lebih teruk selepas itu.

Sedarlah semua.

Sasha said...

Betul, selagi kes siasatan 1MDB tak selesai, selagi tu persepsi negatif terhadap Najib akan berterusan.

Tapi kita harap, bila siasatan selesai nanti dan kebenaran telah terbukti serta pembohongan telah terdedah, jangan pulak tak percaya dan kata macam acam pada siasatan tu....

Persepsi buruk telah disebarkan meluas sebelum orang tu terbukti bersalah....Inilah cara yahudi dan kafir DAP...

Dia rosakkan minda orang ramai terlebih dulu, lepas tu saya takut apa apa keputusan yg bakal dihasilkan dari siasatan tak akan diterima oleh mereka yg dah korup mindannya..

Mereka ni bukan nak cari kebenaran tapi nak menghancurkan negara....

Sasha said...

Yang kamu tuduh Najib macam macam tu,so far ada ke bukti nya??

Atau sekadar pendedahan palsu untuk merosakkan pemikiran dan memberi persepsi negatif??

Org tu tak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah

Siasatan tengah dijalankan.....so, tunggu ajelah hasil siasatan. Tak boleh nak sabar ke???

Tak payahlah buat komen bodoh!!!

Anonymous said...

Masalah jemputan pun nak jadi isu....

Bodoh sangat lah mereka ni...

Kalau tak dijemput, tak payahlah bagi komen negatif...

Suka hati mereka la...

Lepas tu kata bodek la, ampu lah.......aduiiii, pemikiran negatif yg bodoh

Anonymous said...

Isunya bukan jemputan tetapi pembatalan jemputan yang telah dibuat.

Anonymous said...

x de perkara yg meragukan dengan 1MDB. Masalah kecairan telah diatasi. Apa lagi? Nak kurangkan beban hutang 1MDB, Najib kata lagi 6 bulan. Inshallah segalanya selesai. Tapi mengurus minda macai2 yg hati telah hitam bagaimana? Contoh macam Atuk Cincaluk yg bergaya macam CEO 1MDB tu tapi guna maklumat palsu Sarawak Report. Ini minda rosak tahap gaban camna nak betulkan ni?

Blog Archive