1. Kalau bukan laporan The Age Australia, rakyat Malaysia tidak akan tahu, bahawa satu bangunan lima tingkat di beli di Melbourne, Australia bernilai RM65 juta (AUD22.5 milion).
2. Pembelian bangunan lima tingkat itu menjadi kontraversi, apabila berlaku "jack up" harga daripada AUD17.8 milion harga asal, di mana harga tersebut dipersetujui Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Lembaga Pengarah Mara, dan juga Menteri yang menjaga MARA.
3.Hanya kerana kontraktor yang membina bangunan lima tingkat tersebut tidak mendapat bayaran, dan diistiharkan muflis, walaupun penjualan bangunan tersebut mencatit rekod penjualan mahal bagi hartnah serupa di kawasan di mana bangunan itu berlokasi.
4. Oleh kerana kontraktor bangunan itu di bawa ke mahkamah, maka terdedah berbagai transaksi yang berkaitan penjualan bangunan tersebut.
5. Antara transaksi tersebut adalah bayaran "kicks back' pada satu akaun misteri yang dimiliki pembuat kek perkahwinan di Singapura berjumlah AUD4.75 milion, yang dikaitkan dengan Pengerusi MARA Inc- Mohd Lan Allani, CEO syarikat tersebut- Dato Halim Abdul Rahman dan dua peniaga Malaysia Yusof Gani dan Ahmad Azizi serta dua anaknya Erwin dan Erwan Ahmad.
6. Mohd Lan merupakan mantan ADUN Sulabayan Sabah dan Bendahari Umno Semporna yang diketuai Datuk Mohd Shafie Apdal, yang juga Menteri yang menjaga MARA.
7.Dengan terbongkarnya skandal pembelian Mara Inc pada 23 jun, hanya Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dan Perdana Menteri memberi komen berkaitan urusniaga tersebut.
8. Semalam dalam satu sidang akhbar yang diadakan Pengerusi MARA tersebut, menyatakan bahawa satu siasatan dalam sudah berjalan sejak dua minggu lalu, manakala laporan The Age merupakan satu maklumat tambahan. Annuar juga memberitahu, siasatan dalaman tersebut ada hubungan dengan lawatan beliau pada Mei tahun lepas terhadap bangunan tersebut, dan melalui lawatan tersebut beliau "mendapat' sesuatu maklumat yang "tidak betul".
9. Sebagai rekod, pembelian bangunan lima tingkat tersebut, berlaku sebelum Annuar dilantik sebagai Pengerusi MARA. Pengerusi MARA sebelum itu Dato Idris Jusoh, kini Menteri Pendidikan-II.
10. Menurut Annuar dalam sidang akhbar pada Rabu, pembelian bangunan tersebut diluluskan pada akhir Tahun 2012, dengan harga AUD17.8 milion, namun pertambahan AUD4.75milion tidak diketahui Lembaga Pengarah MARA. Jika demikian, siapa yang meluluskan tambahan tersebut? Biasanya, jika sesuatu pembelian diputuskan dengan jumlah tertentu, jika ada tambahan, maka hanya Menteri yang menjaga sahaja yang boleh meluluskan bajet tambahan.
11. Bajet tambahan boleh dicadangkan oleh CEO bersama-sama dengan Pengerusi, kemudian cadangan tersebut perlu diluluskan oleh Menteri, jika tidak mahu dihantar kepada Lembaga Pengarah untuk kelulusan. Benar kah senario ini yang ditempoh? Jika benar, maka, pihak SPRM perlu menumpukan siasatan kepada Pengerusi MARA Inc dan CEO syarikat tersebut.
No comments:
Post a Comment