PEGUAM utama Anwar yang menggantikan mendiang Karpal Singh Gopal Sri Ram, sudah mengaku melalui hujahnya di mahkamah, bahawa sodomi II adalah suka sama suka, ertinya perlakuan hubungan luar tabii yang haram di Malaysia, memang berlaku.
Jika Mahkamah Persekutuan melepaskan Anwar, maka impak kepada perundangan negara, bahawa sodomi itu bukan haram; apa akibatnya? Perundangan negara akan tunggang terbalik, dan berkemungkinan besar mereka yang dijatuhi hukuman kerana hubungan seks luar tabii akan memenuhi mahkamah menyaman kerajaan.
Gopal berhujah, Saiful badan sasa, tinggi lampai, muda lagi, boleh over power Anwar yang tua, sodomi berlaku, kerana suka sama suka.
Dengan hujah itu, ertinya peguam itu mengaku, memang berlaku seks luar tabii. Namun, dilain pihak peguam itu berhujah, bahawa sodomi tidak berlaku, kerana hanya sebab "karpet Terbang" Karpet terbang itu, adalah masalah teknikal.
Hujah peguam Anwar berkaitan umur sperma, tidak akan mendapat perhatian para hakim, kerana hujah itu dipatahkan dengan baik oleh pendakwaraya yang diketuai oleh Tan Sri Shafee Abdullah.
Akhir-akhir ini, Anwar dan penyokongnya memainkan psikologi songsang, kononnya, dia akan dibebaskan kerana para Hakim telus dan tidak berpihak.
Mainan Anwar ini, tidak akan mempengaruhi para Hakim, kerana bertidak khilaf akan membuatkan perundangan negara kucar kacir.
Melihat kepada hujah Tan Sri Shafee,tiada asas untuk Anwar terlepas. Apa-apapun kita tunggu 10 Februari 2015. Apa kah Anwar, kembali ke Sungai Buloh.
1 comment:
X sabo nak nugu nuar suk penjsra....
Post a Comment