Tuesday, February 10, 2015

TERKINI: BESAR KEMUNGKINAN ANWAR BERSALAH!!!!

Sebahagian Penyokong Anwar

TERUSKAN DI POST BARU: ANWAR BAKAL DIDAPATI SALAH.

Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Bagi bahan bukti yang diperolehi dari lokap, ketua hakim menyimpulkan Anwar memang menggunakan barang-barang tersebut kerana sel itu sebelumnya kosong.

Hakim menyentuh pula keterangan ahli kimia Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon serta bagaimana hakim perbicaraan mempunyai cukup bukti yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Katanya, kes prima facie berjaya dibuktikan dan Mahkamah Rayuan bersetuju dengannya.

“Saiful bukan bersubahat dan tiada cukup bukti saling mengukuhkan untuk menyokong keterangan itu,” katanya.

Hakim berkata dalam Akta Keterangan, pentahkikan tidak diperlukan. (Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan bahawa keterangan ahli kimia tidak mentahkikkan keterangan Saiful). Hakim berkata keterangan pengadu boleh dipercayai tanpa pentahkikan.

Hakim Arifin membangkitkan keterangan mengenai pakaian berjenama Brioni. Bagi permaidani yang dirampas, beliau berkata ia bukanlah bukti yang sangat penting.

Berkaitan Saiful, hakim berkata pengadu berpegang teguh kepada keterangannya walaupun selepas disoal balas mendalam. Ekoran itu, kata hakim, Mahkamah Rayuan memutuskan keterangannya diterima.

Hakim membacakan pembelaan Anwar yang mempersoal tindakan Saiful membawa pelincir KY jelly dan dakwaan doktor Pusrawai bahawa objek plastik menembusi duburnya.

Hakim berkata Saiful mendakwa berlaku perhubungan seks dan pasukan pembelaan membangkitkan kenapa dia tidak lari.

Hakim kini memberikan tumpuan pada isu kewibawaan keterangan Saiful.

Hakim berkata pakar-pakar, yang memberi keterangan bagi pembelaan, sampel itu masih tidak tercemar, maka Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhujah bahawa wujud keraguan munasabah pada sampel tersebut.
Hakim kini membacakan keterangan saksi pembelaan Prof David Wells dan Prof Brian Mcdonalds. Hakim berkata pakar bedah tulang belakang Dr Thomas Hoogland berpendapat bahawa Anwar tidak dapat melakukan aksi seks sebegitu kerana masalah belakang.

Hakim berkata Anwar ditahan dan dibekalkan dengan tuala, berus gigi dan sebotol air mineral.
Barang itu diambil oleh polis pada hari berikutnya dan sampel daripadanya diserah kepada ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Selepas membacakan bagaimana Saiful dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur, di mana sampel diambil.

Hakim Arifin berkata ahli kimia menemui sel sperma daripada calitan dubur tinggi dan rendah.

Beliau juga berkata dapatan awal bahawa tiada tanda-tanda tembusan.

Hakim Arifin menceritakan kembali bagaimana Saiful tiba di kondominium, cara pelincir digunakan dan duburnya ditembusi.

Salah satu para penghakiman. Persetujuan (hubungan liwat) tidak semestinya mensabitkan kesalahan.(mendebarkan ayat ini)
Sekarang (tepat 10.12pagi) Ketua Hakim Negara sedang membacakan penghakiman.

Para Hakim belum mengambil tempat. Dijangka bila-bila masa, para hakim akan masuk ruangan mahkamah.

Keadaan dalam mahkamah tenang, semua kerusi penuh.

Keluarga Anwar belum lagi kelihatan.

Kelihatan juga penyokong Saiful (mangsa liwat) . Mereka memakai T-shirt (liwat tetap liwat).

Panel Hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara belum mengambil tempat.

Suasana tegang. Pihak polis siap siaga.

Tertuduh liwat (Anwar Ibrahim) sudah berada di Mahkamah.

Peguam utama Anwar Gopal Sri Ram yang tampil bertongkat sudah berada dalam mahkamah. Pendakwaraya yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah juga sudah berada di dalam mahkamah.

Penyokong Anwar, kira-kira 1,000 orang berada di luar mahkamah, bagi yang beragama islam, sedang bersiap sedia melakukan solat hajat.

Keluarga Anwar belum kelihatan setakat ini.

HARI ini, bukan sahaja seluruh rakyat menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Anwar Ibrahim terhadap hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu, akan tetapi dikuti secara dekat mahupun jauh oleh dunia.

Hari ini, hari penentuan bagi Anwar, apakah akan terus menghirup udara segar kebebasan atau kembali ke Penjara Sungai Buloh.

Jika Anwar didapati bersalah, beliau akan kehilangan status Yang berhormat dan Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-13 lalu akan secara automatik kosong. Oleh kerana pilihanraya belum genap 2 tahun, maka satu PRK perlu diadakan.

Keadaan perkarangan Mahkamah Persekutuan, sudah dipenuhi para penyokong Anwar, sementara pasukan keselamtan siap siaga daripada awal pagi. Kebanyakan jalan menuju mahkamah dipasang penghadang polis.

Apakah keputusan Mahkamah? Sama-sama kita tunggu.

1 comment:

Unknown said...

RAFIZI SENDIRI YANG BAPOK.

RAFIZI MAHU MENYALAHKAN ALLAH JIKALAU KETUM HOMO DI HUKUM MASUK PENJARA.

RAFIZI MAHU MEMUJI ALLAH JIKA HAKIM MEMEHAK KEPADA KETUM HOMO.

RAFIZI BETUL BODOH TIDAK MATANG AKAL.

Blog Archive