Latest News

Sodomi II: Akhirnya Anwar Bersalah

Pegangan Terakhir Anwar
Mahakamah Persekutuan kekalkan hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan mahkamah rayuan 7 Mac 2014.

Anwar, kini 67 tahun, akan bebas pada tahun 2020, dan boleh bertanding semula pada 2025, pada usia 77 tahun.

Anwar kesurupan di kandang tertuduh, dengan pidatonya yang menuduh Para Hakim menjadi mangsa konspirasi politik. Memang, pidato seperti itu dijangka, kerana sebagai pesalah, apa lagi yang mahu dicakap?? kenalah menuduh bermacam-macam. Lantaklah Nuar, yang mustahak kamu masuk lagi.

Tan Sri Shafee memohon agar hukuman sekurang-kurangnya 6 tahun, kerana tidak boleh lebih singkat berbanding hukuman Sodomi 1.

Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata hukuman maksimum selama 20 tahun tetapi hukuman rotan tidak relevan.

MITIGASI Peguam utama Anwar, Sri Ram menyentuh soal hukuman.

Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan.

Kerajaan Malaysia menyifatkan keputusan mahkamah dibuat selepas mengambil kira semua bukti dengan seimbang dan objektif.

Kerajaan turut menegaskan laporan polis terhadap Anwar dibuat oleh Saiful dan tidak ada kena-mengena dengan pihak kerajaan.

"Sebagai mangsa terhadap keganasan seksual, dia mempunyai hak supaya kesnya dibicarakan di mahkamah," kenyataan itu dipetik.

Kerajaan juga menyeru semua pihak yang terlibat untuk menghormati proses undang-undang dan keputusan hakim.

TEPAT 12.07 Tengah hari, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria membuat keputusan menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memenjarakan beliau selama 5 tahun pada 7 Mac 2014, kerana didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya seorang lelaki Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008 di sebuah Kondominum, di Bukit Damansara Kuala Lumpur antara pukul 3.01-4.30 petang.

Mahkamah sedang berihat, sebelum hukuman dijatuhkan. Ketua Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafiee Abdullah sebelum ini dikatakan akan meminta tambahan masa penjara. Apa kah Hakim akan menambah? sama-sama kita tunggu sebenar lagi.

Berikut perjalanan pembacaan Keputusan Hakim hari ini.

Peguam Sri Ram, yang mewakili Anwar, bangun minta penangguhan selama sejam untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya.

Mahkamah ditangguh sementara menunggu hukuman.

Tepat 12.07PM:Hakim berkata terdapat bukti kukuh bahawa Saiful diliwat. Rayuan terhadap sabitan itu ditolak.

ASAS mengapa Anwar Ibrahim bakal didapati bersalah adalah penghakiman yang menyatakan bahawa sampel air mani tertuduh tidak tercemar.

Hakim berkata Anwar tidak mempertikaikan bahawa beliau berada di kondominium tempat kejadian didakwa berlaku dan dia juga tidak mempertikaikan keberadaan Saiful di situ.

Hakim juga berkata dakwaan terdapat konspirasi politik dalam kes itu “tiada merit”.

“Penafian semata-mata daripada Anwar tidak boleh diterima. (Dakwaan) konspirasi politik kekal tidak berasas,” katanya

Hakim sentuh dakwaan bahawa Saiful bertemu Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, dan pegawai khasnya Khairul Anas.

Hakim sentuh tentang saksi pembelaan lain.

Ini termasuk keterangan bekas pembantu Anwar yang lain, Najwan Halimi, yang terkejut mendapati Saiful, seorang penyokong BN, berkhidmat untuk ketua pembangkang.

Hakim berkata tiada ruang boleh berlaku kesalahan (inferiorly fallible) dalam keterangan ahli kimia.

Hakim memutuskan bahawa barang-barang daripada lokap diperoleh secara sah dan menggelarkannya sebagai “bukti bebas”.

“Kami (panel) berpandangan bahawa tidak perlu menjalankan perbicaraan dalam perbicaraan (berhubung kebolehterimaan bukti daripada sel),” katanya

Anwar memandang kepada isterinya, presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dua anggota polis berdiri kiri dan kanan kandang tertuduh tempat Anwar duduk. 

Hakim memutuskan bahawa tiada gangguan pada penjagaan sampel dan berkata pegawai penyiasat Jude Periera berhati-hati mengendalikannya.

Oleh itu beliau memutuskan sampel DNA Anwar tidak tercemar.

6 Responses to "Sodomi II: Akhirnya Anwar Bersalah"

Anonymous said...

Alhamdulillah....

Harap2 dpt tambah lg hukuman penjara...

Sbb ini bukan kali pertama....

Anonymous said...

SYUKUR....

Anonymous said...

Sumbat je 15 tahun..
mlm ni boleh sdh check in d hotel sg. buluh
Syukur...

Anonymous said...

Hujuman penjara kenalah seimbang dengan beberapa tahun dan beberapa puluh kali penangguhan yang dilakukan di pihak Anwar. Kes yang simple telah menjadi komplex disebabkan ianya dipolitikan. Semasa meliwat tak fikir pula benda-benda yang bakal diundang. Bertaubatlah sebab tekbukti tanpa keraguan yan munasabah.

Anonymous said...

ini baru 1 kes .. kes lain pe citer ?
tibai buntut jantan ... tibai bini orang .. tu belum lagi tibai callgirl
takyah takut lagi .. so sesaper nak up lagi tempuh "berehat" Anwar kat sg. buluh.. carry on
pada nalla pun banyak audio video aksi Bang Non

IBU HAYATI said...

Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

Blog Archive