Saturday, February 14, 2015

PRK Permatang Pauh- BN Ada Peluang Menang Jika?

INILAH kali kedua Pilihanraya Kecil (PRK) P044 Permatang Pauh. Kali pertama berlangsung pada ogos 2008, sebaik sahaja tamatnya PRU-12. 

Pada PRK tahun 2008, dilangsungkan kerana penyandang yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim mengosongkan kerusi itu untuk membolehkan suaminya bertanding.

Pada PRK itu Anwar menang dengan majoriti 15,671 apabila Ketua Pembangkang itu mendapat undi 31,195 mengalahkan calon Bn Datuk Arif Shah Omar Shah yang memperolehi undi 15,524.

Pada PRU-13, sekali lagi Anwar menang dengan majoriti yang menurun 11,721 apabila mendapat undi 37,090 mengalahkan caon Bn Dr Mazlan Ismail yang mendapat undi 25,369.

Pada PRK kali ini, jika Dr Mazlan dicalonkan semula, besar kemungkian beliau akan menang, dengan syarat mendapat undi 55 peratus kaum melayu (PRU-13 46 peratus), 45 peratus undi cina (PRU-13 29 peratus), pengundi india 45 peratus (PRU-13 40 peratus) dan kaum-kaum lain 2 peratus (PRU-13 1.6 peratus).

Jika daftar undi pada PRU-13 digunapakai, di mana kawasan itu mempunyai 71,699 pengundi berdaftar, dan jika diandaikan 88.47 peratus pengundi keluar mengundi, calon Bn akan mendapat 32,832 undi dengan pecahan 23,900 pengundi melayu, 7080 pengundi cina, 1800 pengundi india dan 52 orang kaum-kaum lain.

Berasaskan keadaan semasa, kemungkinan P044 Permatang Pauh bakal dirampas Bn, seperti mana berlaku di PRK Telok Intan Perak.

Jikapun Bn menang, berkisar pada majoriti 2,000-3,000 undi, jikapun kalah berbezaan undi dalam lingkaran jumlah itu.

Semalam, Perdana Menteri ada membuat kenyataan, apa kah Bn menyertai PRK itu, tergantung kepada boleh menangnya calon Bn.

No comments:

Blog Archive