Saturday, February 07, 2015

Patut Kah Najib Berbuat Begini??

SETIAP kali kehadiran Perayaan Thaipusam, seolah PM dan Isteri yang meraikannya. Apa kah beliau tidak mendapat nasihat sebenar, berkaitan dengan kehadiran beliau? AYT bukan pakar agama, akan tetapi, biarlah perbuatan itu, tidak menggambarkan seseorang yang bukan penganut agama itu, hanya hadir, bukannya menyerupai tradisi sambutannya.

Apa kah dengan kalungan bunga (gambar) itu hanya penghormatan?? bagi orang Malaysia yang melihatnya, memang menganggapnya sebagai penghormatan, bagaimana kah kalau mereka itu bukan orang Malaysia?? Menungkin ada prasangka??? Perlu dibiarkan?? atau??? Pakar-pakar agama perlu membuat nasihat..

3 comments:

Anonymous said...

Org Melayu sejak berzaman dulu memang beginilah caranya. Tak tahulah utk apa.

Kalau bercakap dgn india, seboleh-boleh ikut 'slang' india; kalau dgn cina pulak, cuba sebaik-baiknya utk bercakap dlm 'slang' cina.

Skrg dah melarat dlm cara berpakaian sekali.

Kalau kita lihat balik, dlm keadaan biasa, adakah org bukan Melayu akan berpakaian spt org Melayu apabila mrk berkunjung kerumah kita semasa Hari Raya?

Akhirnya nanti berkemungkinan org Melayu sendiri yg akan hilang identiti bangsanya ...

Anonymous said...

Najib masih terkinja2 utk dptkan undi org india, sbb itu sanggup sarung apapun. Kalau dtg sebagai pm tanpa berpakain hindu apa salahnya? Aku tak tahulah apa kerja para penasihat pm kita nan sorang ni. Raya cina pukul gendang cina, raya hindu berpakaian hindu....serabut perut betul. Sebenarnya pm tak perlu jd sebegitu, padan hanya hadir sebagai tanda prihatin dgn rakyat, tak payah berlakon jd spt penganut agama mereka. Mereka bukan bodoh, tertipu dgn pm yg berpakaian spt mereka.

Anonymous said...

Kesian melihat PM Najib diperlakukan sebegini...

Blog Archive