Saturday, February 14, 2015

Majlis Peguam Mahu Anwar Dipenjara Lebih Lama

MAJLIS PEGUAM berpendapat, seharusnya Anwar Ibrahim didakwa menggunakan seksyen 377C Kanun Jenayah berbanding Seksyen 377B. Seksyen 377C membawa hukuman minima 5 tahun dan maksima 20 tahun serta sebatan, manakala Seksyen 377B tiada hukuman minima.

Anwar dihukum 5 tahun penjara berasaskan seksyen 377B pada 7 Mac 2014 dan hukuman itu dikekalkan pada 10 Februari 2015 oleh Mahkamah Persekutuan.

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata, seharusnya pendakwaraya menuduh Anwar berasaskan Seksyen 377C, bukannya 377B.

Asas kepada kenyataan itu Presiden Peguam itu, kononnya Seksyen 377B jarang digunakan.

Berhubungan dakwaan Majlis Peguam itu, Peguam Negara menafikan dakwaan itu, kerana menurut beliau Seksyen 377B adalah seksyen yang biasa digunakan oleh pendakwaraya, misalnya antara tahun 2010-2014, sebanyak 171 kes, untuk tahun 2014 sahaja 34 kes menggunakan seksyen itu. Memang menurut Tan Sri Gani Patail, daripada segi jumlah, Seksyen 377C, lebih banyak digunakan, untuk tempoh masa yang sama sebanyak 489 kes atau purata 97 kes tahun.

Seksyen 377B membawa pengertian-Perlakuan seks luar tabii atas dasar suka sama suka atau sebaliknya, akan tetapi 377C- hubungan seks luar tabii dengan paksaan dan tanpa rela.

Majlis Peguam yang mahukan agar Anwar dikenakan tuduhan melalui Seksyen 377C untuk menggambarkan seolah-olah Ketua Pembangkang itu seseorang yang rakus atau gila seks.

7 comments:

Anonymous said...

Majlis Peguam faham ke tidak dengan seksyen 377B dengan seksyen 377C tu..???

Seksyen 377B - PERLAKUAN SEKS LUAR TABII DENGAN KERELAAN.

Seksyen 377C - PERLAKUAN SEKS LUAR TABII TANPA KERELAAN.

Tu lah...Majlis Peguam kebanyakan ahlinya adalah BODOH... TUGAS depa hanyalah SPIN FAKTA, janji masyukkkk...



Anonymous said...

Yang membuat komen di atas ni tentu seorang penyokong PKR & well-wisher Anwar Ibrahim. Hantar dia ke penjara Diegi Garcia kalau tidakpun ke penjara Changi Singapura untuk kaunseling. Majlis Peguam tidak bodoh. Yang suka buat kacau adalah setengah-setengah ahlinya seperti YB Pn. Ambiga.

Gabenor johor said...

Nama pun dh BAR council..mmg semua x betul..kaki mabuk minum air daun KETUM

Anonymous said...

***Diego Garcia. Maaf ~

Anonymous said...

Perkataan BAR terdapat di mana-mana negara pun. Ia adalah istilah yang digunakan dalam bidang perundangan & kehakiman. Contoh: called to the BAR / admitted to the BAR. Jadi, apa yang KELAKARnya perkataan BAR itu yang hendak disamakan dengan BAR tempat jualan/minuman alkohol??? Tak kelakar pun. Memang si nuar tu patut di-INCARCERATED lebih daripada 5 tahun sebab 5 tahun setelah diberi REMISSION kelak akan menjadi kureng daripada 5 tahun.

Anonymous said...

Kalu 377c dah lama terlepas nuaq.... sbbkan teknikal...

Anonymous said...

377c tanpa kerelaan..jd..pihak pendakwa kena buktikan bhw perlakuan tersebut tanpa kerelaan..bila tanpa kerelaan..bermakna wujud unsur paksaan...dlm kes saipul susah nak dibuktikan sbb ianya sgt subjektif...sbb tu lar dia org beriya2 nak cak bwh 377c

Blog Archive