Thursday, February 12, 2015

Anwar Dipenjarakan Bukan Kerana Beliau Ketua Pembangkang

Lambaian Terakhir Anwar pada 10/2/2015
ANWAR Ibrahim masuk penjara bukan kerana beliau sebagai Ketua Pembangkang. Anwar dipenjarakan bukan kerana beliau mengancam kedudukan Umno. Anwar dipenjarakan bukan kerana dia musuh nombor satu Umno. Anwar dipenjarakan bukan kerana dia penjuang kesamarataan antara jenis. Beliau dipenjarakan hanya semata-mata kerana perbuatannya sendiri bersama seorang rakyat negara ini.

Bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kerana tidak tahan lagi disodomi. Puncaknya adalah pada Jun 2008 di sebuah kondominum di Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara pukul 3.01-4.30 petang. Rakaman CCTV membuatkan Anwar tidak mampu mengemukan alibi, bahawa pada masa kejadian, beliau dan mangsa tidak berada ditempat kejadian.

Bagaimana Anwar jadi musuh nombor satu Umno? pada PRU-13 lalu, di mana Anwar mengetuai tiga parti PKR-DAP-PAS berdepan dengan BN/Umno, terbukti Umno menambah kerusi daripada 79 yang dimenangi pada Tahun 2008, kepada 88 kerusi parlimen.

Memang benar tiga parti yang diketuai Anwar mendapat undi popular (52%), akan tetapi undi popular itu diperolehi daripada pengundi bandar yang majoriti kaum cina.

Anwar bukan musuh nombor satu Umno. Umno tidak bermusuh dengan sesiapa. Umno hanya membela rakyat, samada yang menerima perjuangannya ataupun sebaliknya.

Samada Anwar bebas atau tidak, Umno dan Bn berdepan dengan pengundi. Umno dan Bn tidak mampu memaksa pengundi untuk mengundinya, kerana dalam pilihanraya, semua undi adalah rahsia.

Jika benarlah Anwar itu ikon kepada rakyat, tidak kiralah di mana beliau berada, pengundi akan memberikan kemenangan kepada parti-parti yang menyokong beliau.

Pembangkang dan penyokong Anwar serta penulis barat yang mendakwa, kononnya Ketua Pembangkang itu disabitkan kesalahan meliwat, merupakan satu konspirasi politik, adalah kenyataan karut.

Konspirasi hanya berlaku untuk menjatuhkan seseorang yang berkuasa, sedangkan Anwar hanya merupakan Ketua Pembangkang, di mana sebanyak dua kali PRU mengetuai cabaran kepada Kerajaan, namun tidak juga berjaya, malah selepas PRU-12, beliau mengadakan GERAKAN 16 September, kononnya ada 30 MP Bn akan melompat untuk menyertainya menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Anwar bukanlah ancaman seperti digembar gemburkan oleh para penyokongnya. Anwar hanya merupakan ahli politik biasa yang mahu berkuasa dengan menggunakan rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Saiful sperti rakyat biasa mahu kan keadilan. Tindakan Saiful untuk rakyat sedar bahawa Anwar memang kaki bontot

Anonymous said...

Sokong..dan satu lagi penyokong yg dok pasang lilin depan penjara..patut hantar bala tentera belalang yg dipendam air taik saja.tak payah nak panggil FRU untuk sembur air..belalang air taik saja dah cukup untuk mengusir manusia bodoh ni.

Blog Archive