Sunday, January 11, 2015

Sodomi II Diputuskan Dalam Masa Terdekat

SEMALAM, Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria, bahawa keputusan Sodomi II Anwar Ibrahim akan diketahui dalam masa terdekat.

Ketua Hakim itu membayangkan bahawa tempoh tiga bulan, membuat keputusan adalah tempoh yang sesuai dengan garis panduan badan kehakiman itu memutuskan sesuatu kes rumit seperti sodomi II.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu lelaki beliau pada tahun 2008 dan menjatuhkan penjara 5 tahun pada 7 Mac tahun lalu.

Mahkamah Persekutuan, mahkamah terakhir yang boleh Anwar gunakan membatalkan keputusan mahakamah rayuan itu, telah bersidang selama seminggu pada November lalu, dan menangguhkan keputusan selepas pendengaran.

Ketua Hakim Negara mengetuai lima barisan Hakim mendengar rayuan sodomi II.

Impak kepada keputusan mahkamah itu, jika mengekalkan keputusan mahkamah terdahulu, Anwar bakal kehilangan kedudukan sebagai Ahli Parlimen.

No comments:

Blog Archive