BENARLAH dalam politik tiada musuh selamanya. Seseorang yang bermusuh, boleh bergabung demi kepentingan masing-masing.
Najib berdepan mempertahankan kedudukan. Anwar menunggu keputusan sodomi II yang tiba-tiba lambat diumumkan.Kelambatan itu, ramai mengyakni ada sesuatu yang berlaku. Satu deal dibelakang tabir.
Najib keseorangan berdepan Tun Dr Mahathir, Tun Daim,Tan Sri Zainuddin Maidin dan A Kadir Jasin. Najib hanya dibantu media yang dikawal Umno seperti TV3 dan kumpulan Media Prima, selain para blogger upahan.
Masalah yang didepani Najib, beliau dan penasihatnya gagal menjawab teguran/atau mesej yang dibawah kumpulan pengeritik. Najib bertindak semborono tanpa analisa dan jawapan yang mengena. Kumpulan Najib hanya berminat mematikan pembawa berita, bukannya mematikan berita.
Najib nampak hanya melalui Anwar Ibrahim, mampu mendepani kumpulan Tun Dr Mahathir, atas sebab itu, nampak kolobrasi antara Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri.
7 comments:
Setuju sesangat....
satu lagi persepsi liar......
aPA yang liar??.. kan dah dikata, tiada lawan yang kekal, tiada sahabat yang kekal.Tapi kalau betul, Najib nampaknya tersangat lemah memilih kawan... malah dia mengheret dirinya kelembah yang sanggat dalam.... kombinasi yang menghasilkan singkatan "NAJUB!!"
Ketum plak korbankan apa?
kalau najib berpakat dgn anuar bermakna segala usaha untuk mempertahankan kerajaan dan bn oleh orang2 dibawah selama ini adalah sia-sia saje. Masa, tenaga dan wang ringgit terbuang dengan sia-sia.
Hm...semua ni spekulasi je...hati2..spekulasi merupakan langkah pertama ke lembah 'fitnah'...sekadar peringatan...
najib-anwar memang satu team wawasan dulu. apa peliknya jika mereka bergabung kembali. masa TDM nak singkir anwar, najib antara yang paling lambat menyatakan pendirian sokong siapa.
politik adalah permainan persepsi. apa yang menjadi persepsi orang ramai, itulah menjadi kebenaran. jika orang ramai berpersepsi adanya pakatan najib-anwar, itulah yang dipercayai. najib pun tak pernah keluar kenyataan menafikan persepsi itu.
jangan salahkan orang ramai lantaran mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi dalam membentuk persepsi mereka. sebarkan maklumat yang betul supaya orang ramai dapat membuat pertimbangan. ini bukan lagi zaman kerajaan tahu segala-galanya atau orang ramai mengiyakan segala kata-kata kerajaan.
nak jadi wira buatlah tindakan yang menunjukkan sikap perwira. nak selesai masalah umno selangor pun mohon mandat terus, presiden umno tidak cukup kuasakah?
Post a Comment