Wednesday, January 21, 2015

Najib + Anwar: Tidak Mustahil

KATA sumber (boleh percaya boleh tidak) enam mata terlibat, yang jelas empat mata itu adalah antara Najib dan Anwar. Dalam remang lampu ibu kota, enam mata berbincang, sambil seorang memandang ke depan, takut-takut tersalah jalan. Kelajuan kereta tidak dikenal, biasa sahaja, seperti kelajuan pemandu lain, tetapi yang pasti enam mata sedang mencatur negara.

Dipendekkan cerita- Anwar pencen politik akan tetapi bertugas seperti tugas Tun Musa Hitam dahulu. Dalam deal itu, dipastikan Nurul Izzah ada jawatan kabinet.Najib tetap di Putrajaya.

Sudah tentu pembaca boleh membayangkan 1001 cerita kesudahannya. Sama-sama kita tunggu.

12 comments:

Anonymous said...

kabarnya utusan Jakarta jumpa jusuf kalla tahu byk cerita termasuk surat perjnjian

Anonymous said...

kalau najib buat macam tu mmg dia nak kena jual la lepas ni dengan anwar.

boleh caya ke anwar akan pegang janji camtu? berdasarkan rekod susah nak percaya anwar ni.

kata kalau PR kalah PRU13, nak pencen politik dan jadi pensyarah, apa jadi sekarang.

silap2 najib kena jual.

Rahsia Anak Mata said...

2-2 anak didik Tun M.TV3 dah attack Tun Daim.Kita tunggu jurus maut dari Tun D dan Tun M lepas Anwar & Najib bergabung.

Anonymous said...

permainan politik, kawan tak selamanya kawan dan musuh tak selamanya jadi lawan .

seni politik, belit dan terbelit masih boleh membelit , mulut senyum tangan korek mata , bibir manis kaki memijak .

dalam politik , tiada istilah mustahil , dengan kuasa yg ada syaitan boleh berubah jadi manusia atau manusia boleh mengalahkan perangai syaitan ,

politik sebenarnya tak kotor, yg mengotorkanya ialah para pemain diatas pentas politik, lakonan tanpa skrip atau dengan skrip olahan bertahun kurun .

Najib dan Anuar ? sesuatu sedang berlaku ....

Anonymous said...

bermakna Najib dah nampak , PRU14 dia akan melayang atau umno masuk longkang , demi menyelamatkan nyawa diri dan nyawa parti dan demi mengelakan amukan serta sumpahan melayu yg bakal meletus, dia terpaksa melakukan sesuatu yg luarbiasa !

bagaimanakah hati dan perasaan ahli umno sejati yg selama ini setia berjuang dan tidak dipandang hirau oleh Najib ? manakala Anuar pula yg sudah melebihi batas dalam berpolitik diangkat sebagai pemimpin ?

atau Najib tak mahu hanyut sendirian? dia mahu masuk longkang bersama2 Anuar , biar sama2 mampus dalam hayat politik ..

Anonymous said...

Mustahill.... dan x mungkin....

Ni seme ceta dr kem nuar yg terdesak...

Pasai apa plak abg jib nak kawtim ama nuaq...

Sbb pru...?? Kah kah kah...

Woii nuaq.... bn menang selesa laa... cuma majoriti jaa x dpt...

Nuar mng undi 51 pesen tu seme undi cina di bando2...

Najib tatak helann woo..... sbb tu najib berani ckp lu cina mau apa lg...

Ni ceta kem nuaq bwk kuor sbb mau manipulate ceta tun daim....

Pirahh nuaq oii.... seme org dah kenai ama lu... temberang punya kaki....

4 mata tu hanya najib ama tun daim jaa....

daim mau balik msia bwk trilion duit melayu masuk pasaran....

Daim hanya pegang amanah sajaa....tu duit melayu daim bwk kuor masa krisis matawang 97...

Duit tu dah beranak di luo negara jd beberapa trilion so skrg mau masuk.pasaran msia....

Mesti laa daim mau org lama highlight nama dia... pd org baru lak lehh baca paper sapa daim....

kiasfansuri said...

ni lah klau bangang sgt. dlm islam senang. tanggung jawab rakyat taat pada pemimpin.dpt pahala.tapi jlayu dah bangang taj boleh buat apa.

kiasfansuri said...

buang masa sebar fitnah. baik ka ko pergi tidur. pahala pun tak dapat. tak ke bangang tu. jo tu rakyat,buat cara rajyat.

kiasfansuri said...

buat dosa kering mlm mlm bi.pi tidor la.

Anonymous said...

Setuju.. . Jgn skali terpedaya dgn anwar. Semoga Allah swt lindungi pemimpin kita dari kejahatan manusia, jin dan syaitan yg di rejam. AAMEEN.

Anonymous said...

Sebenarnya hati Anwar masih bersama UMNO. Bukan dia sukarela keluar. Kalau PM Najib TPM Anwar, Rafizi, Nurul Izzah menteri kabinet, memang BN akan ada pasukan terkuat. Orang UMNO masih suka Anwar.

berasiam said...

anwar memang terkenal sebagai pejuang. soal menikam memang dialah juara. semua pun tembus ditikamnya. masuk aja umno terus lawan suhaimi kamaruddin sebagai ketua pemuda. memang majoriti kecik aja. kemudian lawan naib presiden, menang salah satu kerusi. sebelum; lawan tgb sebagai timbalan presiden, dia pasang kamaruddin jaafar jadi su politik tgb. lepas tu pakat perkenalkan undi bonus bahagian. kesian tgb kalah sebelum bertanding.

najib sebaliknya. tak pernah bertanding sebarang jawatan. baik dalam parti mahupun kerajaan. setiap kali menang tanpa bertanding. bila dilawan di parlimen pekan pada 2008, hampir putus talian hayatnya. menang majoriti 200 lebih sahaja lawan calon yang tidak dikenali. menang timbalan presiden dan presiden umno tanpa bertanding juga. malahan jadi timbalan perdana menteri pada zaman pak lah atas campur tangan TDM yang menagih janji pak lah.

TDM pernah kalah pilihanraya di tangan calon pas pada 1969. TDM pernah dibuang dari umno oleh Tunku kerana kritikan terus terangnya. Tun Razak yang ambil TDM masuk umno semula. Tun Hussein Onn lantik TDM jadi timbalan perdana menteri walaupun beliau hanya menang undi terendah naib presiden. TDM bawa masuk ai ke dalam umno pada tahun 1982 dan memayung anak didiknya hingga menjawat timbalan presiden dan timbalan perdana menteri.

TDZ adalah usahawan berjaya, jiran sekampung TDM yang tidak minat politik. Lulusan undang-undang yang banyak membaca dan mencari peluang melalui pembacaan. TDZ hidu peluang dalam MFB selepas membaca perubahan peraturan perbankan negara. TDM panggil TDZ berkhidmat dalam kerajaan untuk bantu pulih ekonomi pada tahun 1984 dan 1999. pada penghujung khidmatnya dalam kerajaan, TDZ dikatakan berkrisis dengan TDM.

kalau ranjau politik, TDM adalah juara. TDZ adalah juara dalam ekonomi dan perniagaan. najib memang bukan lawan kedua-duanya. anwar pun gagal untuk bersaing. daripada najib nak berdegil dan mengharapkan anwar dalam menghadapi TDM dan TDZ, banyak baiknya jika najib berkompromi dengan kedua-duanya. ilmu najib terlalu sedikit manakala pengalamannya, walaupun panjang, hanya main selamat. ai yang hebat pun tidak mampu menongkah arus TDM. tiada gunanya madah berhelah lagi, lebih baik berterus terang sahaja. jika nak berkawan dengan anwar, silakanlah.

Blog Archive