Saturday, January 24, 2015

Hubungan Pas-DAP Telah Retak Kini Menunggu Belah

HUBUNGAN atau pakatan antara Parti Pas dan DAP, kini menunggu belah. Keretakan sudah berlarutan, terutama tidak diterimanya persetujuan berkaitan HUDUD setuju untuk tidak bersetuju.

DAP terus berpegang kepada kenyataan mendiang Karpal Singh, Hudud over on my dead body, walaupun Karpal sudah mendiang, akan tetapi DAP kini mengubah kenyataan itu,selagi parti DAP wujud, maka selagi itu menentang undang-undang Hudud.

Salvo Dap terhadap kepimpinan PAS di bawah Presidennya Dato Seri Hadi Awang, apabila Lim Guan Eng berjumpa secara terang-terangan dengan seteru Pas dalam Pas, PasMa. PasMa adalah satu kumpulan dalam Pas yang mahu menggantikan Pas.

Ekoran tindakan Guan Eng itu, Hadi mengeluarkan kenyataan pedas berkaitan pilihanraya kerajaan tempatan cadangan DAP bagi negeri Pulau Pinang. Menurut Hadi, jika cadangan itu diteruskan, maka peristiwa 13 Mei akan kembali. Alasan Hadi, melalui cadangan DAP itu, hanya menguntungkan penduduk bandar iaitu kaum cina, dan mengetepikan penduduk pinggir dan luar bandar iaitu kaum melayu/bumiputera dan india. Cadangan Dap itu, sebenarnya mahu meminggirkan kaum melayu/bumiputera dan dalam semua bidang.

Pas, sejak berpakat dengan DAP dan PKR selepas PRU 2008, sebenarnya terus dibuli, sehingga terpaksa mengubah-ubah asas perjuangan parti itu. Daripada perjuangan negara islam kepada negara berkebajikan, melanggar peruangannya sendiri apabila sanggup sebantal dengan DAP, parti yang jelas anti islam.

Kegahiraan Pas melalui Pas Ganti Umno (PGU), bukan sahaja menikam diri, akan tetapi telah menguntungkan DAP. Untuk pertama kali, DAP merupakan parti terkuat selepas Umno di Dewan Rakyat dengan jumlah kerusi 38 melalui PRU 13 (hilang satu Parlimen Telok Intan melalui PRK kini 37).

Pas akhirnya sadar, bahawa kehadiran parti itu dalam pakatan rakyat adalah untuk dibuli dan menjadi kuda tunggangan. Selepas menyadari itu, kini Pas mengubah hala tuju sekali lagi, dengan visi baru, bahawa parti itu adalah parti harapan melalui slogan Harap3.1.

Melihat perseteruan antara Hadi dengan pemimpin DAP, dan gejala menggantikan Pas dengan PasMa yang mendapat sokongan DAP, hubungan Pas dan DAP hanya menunggu masa untuk putus.

No comments:

Blog Archive