Friday, December 26, 2014

Sudahlah Bencana Melanda Negara- Tun M Tabur Garam Pada Luka

TUN DR Mahathir menulis lagi di blog beliau semalam. Antara isinya- beliau mengutarakan berkaitan kadar inflasi yang sedang menanjak naik, harga minyak yang turun, harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang menjunam.

Akibat semua itu, maka pendapatan negara akan menurun. Penurunan pendapatan, memaksa kerajaan membatalkan beberapa projek yang diumumkan melalui Bajet 2015.

Akibatnya perkembangan ekonomi negara mengecut. Pada gilirannya rakyat yang terkena. Pengangguran bertambah. Kemudian kadar kemiskian bertambah.

Beliau tidak memberi jalan atau cadangan bagaimana membendung atau bagaimana mengatasi. Beliau hanya melepaskan kepada Kerajaan, bagaimana mengatasi semua masalah itu.

Sudahlah negara terkial-kial berdepan dengan bencana banjir yang merosakan ratus juta harta benda, juga menelan korban.

12 comments:

Anonymous said...

dia dah bersara biar la kerajaan cari jalan nak setelkan masalah..

Unknown said...

cadangan lain yang dia bagi pon kerajaan buat dek jer..so pandai-pandai la ko pikir

Anonymous said...

bukan hari ni dan minggu ni tun m brckp!!sblm2 ni pn ada..ada ke kerajaan nk ambik kisah..kita tgk je pa krajaan nk buat..jgn smpi negara hancur dah la..tp rasanya tidak ada msalah sbb najib pn dah main golf ngan obama..so Amerika pasti tolong...ye tak

Anonymous said...

Mahathir mahu bersuara pun dah cukup baik. Kalau tidak nak harapkan siapa lagi ?

Sedangkan Najib dah sedia maklum setiap kali hujung tahun musim hujan lebat dan banjir, masih nak pergi bercuti !

Sekurang-kurangnya tun menunjukkan sikap mengambil berat terhadap masalah negara.

Anonymous said...

Tun M menyindir betapa brmasaalah PM skrang ni. Suruh dia letak jawatan namun dia tdk seperti PM sebelumnya enggan buat begitu. Dia tengok Tun M pun dah tua, dia yang lebih muda merasakan masa dipihaknya kalau dia melawan Tun M. Tengok siapa menang.

Anonymous said...

In Shaa Allah swt, saya amat YAKIN kita akan hadapi apa juga cubaan dan dugaan dari Allah swt dengan tabah dan In Shaa Allah juga Allah akan memberikan membuka laluan pertolonganNYA. Yakinlah Allah Maha mengetahui. Memang graph ekonomi Negara mana pun ada naik turunnya...In Shaa Allah kita juga tidak akan banyak pengangguran jika mereka tidak terlalu memilih...Wa Allahu Alam.

Anonymous said...

Tun, dpd asyik hentam najib hari2, elok sekali sekala tun bincang dgn isteri bagaimana nk betulkan anakanda tun si marina tu. Kalau najib banyak gagal, tun suami isteri juga gagal mendidik marina menjadi insan berguna untuk agama dan negara. Najib berhadapan dengan sebuah negara yang rakyatnya berpuluh juta, tun pulak hanya berhadapan dengan seorang anak. Betul tak tun....

Anonymous said...

Dah Tun rasa tak betul memang patut ditegur untuk kebaikan,nak harap DAP atau MCA, PKR atau PAS nak jahanamkan bolehla....

Anonymous said...

Nak sibuk tegur Najib hari2
Anak dia Marina tu tahap kufur dh dia tak risau?
Bukan xnak hormat Tun, tapi kadang2 jangan melampau sangat, tengok situasi juga.

Lainlah kalau Najib buat suatu yang jelas menghancurkan negara seperti Anwar dan Kit sial

Anonymous said...

Sabarlah Najib oi, ALLAH bersama orang yang benar. Teruskan usahamu yang termampu menerajui Malaysia ini kearah kebaikan.

Anonymous said...

Masa Tun jadi PM pun sekurang-kurang nya negara mengalami 2 kali kemelesetan ekonomi yg teruk,paling teruk 1997 dimana ringgit menjunam paling rendah dalam sejarah .Kadar sekarang pun masih lebih tinggi dari kadar yg di tambat oleh Tun bagi mengatasi kejatuhan ringgit pada th 1997 tersebut.Pengangguran juga teruk ramai graduan menganggur,orang muda Tun boleh kelentong,kerana tak sempat mengalami turun naik dlm zaman pemerentahan Tun.Isu kronisma ,nepotisama semuanya bermula di zaman Tun,sehinga terjadi nya perbalahan antara Tun dan timbalannya Anwar al Jubori.Kalau tidak kerana isu kronisma,nepotisma,bailout kroni dsb nya Tun tidak akan memecat al Jubori,walau pun dia tahu perangai al Jubori dari 12 mukasurat warkah yg di hantar oleh WA.Dek kerana isu tersebut,Tun akhir nya memecat al Jubori atas alasan sodomi,yg kebetulan di perjuangkan oleh Ummi Hafilda dan Khalid Jeffry yg merupakan hiro sebenar yg menyelamatkan Malaysia dari di perentah oleh peliwat.

Tun sekarang sama dgn pembangakan saja tarafnya.Kritik,kritik,kritik,tapikalau yg di kritik sudah hilang rasa hurmat,dan bangkit melawan seperti yg di buat oleh al Jubori pada beliau,barulah dia tahu langit tinggi atau rendah.

Anonymous said...

Tun ni pasal hentam orang memang hebat,satu dunia pun tahu.Sepatutnya di fokus pada Proton yg kembali di terjui oleh beliau.Proton ni dah banyak menghisap wang rakyat tanpa sedar.Kerana mahu mengidupkan Proton,harga kereta import terpaksa di naikan purata kira-kira RM 30,000 sebuah,sejak Proton di tubuhkan.Bayangkan berapa banyak kereta yg telah di beli oleh rakyat Malaysia sejak masa tersebut dan dharabkan saja dgn 30,000.

Blog Archive