Thursday, December 25, 2014

PRU-14: Cabaran BN Semenanjung

CABARAN BN Semenanjung, bukan sahaja datangnya daripada kaum india dan cina, akan tetapi daripada kaum melayu.

Undi kaum melayu sudah berubah sejak PRU-12, sebab itu Bn Semenanjung kehilangan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Namun pada PRU-13, Kedah berjaya di rampas semula.

Pada PRU-13, Umno menambah 9 kerusi dewan rakyat berbanding tahun 2008 (daripada 79 kepada 88). Terima kasih kepada semua calon parti itu di Sabah kerana menang 100 peratus. Meskipun Umno menambah kerusi, akan tetapi secara keseluruhan Bn kehilangan 7 kerusi Parlimen.

Pada PRU-14, Bn masih menyadarkan kepada keupayaan Umno di Semenanjung, bagi mempertahankan keunggulan 5 kerusi ke atas Pakatan Rakyat. Namun, melihat dakwaan yang bertubi-tubi kepada Presiden Umno dan Perdana Menteri terutama daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, selain dakwaaan terhadap 1MDB ilham Dato Seri Najib, juga persepsi terhadap Datin Rosmah Mansor, semua itu akan menjejaskan kemampuan Umno Semenanjung.

Kaum Cina dan India akan terus menolak komponen Bn seperti MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Kemenangan calon-calon daripada komponen Bn ini, sebenarnya terletak kepada sokongan kaum melayu. Benarlah kata Timbalan Perdana Menteri, 2 peratus sahaja pengundi melayu berkurang daripada sokongan tahun 2013, calon-calon daripada parti-parti itu akan tergugat dengan teruk, malah calon-calon Umno juga.

Bn Semenanjung perlu mempertahankan 85 kerusi Parlimen, jika mahu mempertahankan Putrajaya, Jika kurang daripada itu, mungkin berlaku pertukaran kerajaan selepas PRU-14. Boleh kah, dengan situasi dan persepsi sekarang ini???

No comments:

Blog Archive