DATO Seri Najib Razak, mempunyai berbagai peluang, cara untuk menerangkan/menjelaskan berbagai dakwaan atau semacamnya.
Beliau mempunyai akeses media, beliau boleh sahaja memanggil sidang media, seberapa kerap beliau suka. Beliau juga boleh mempergunakan parlimen untuk menjawab.
Tugas Perdana Menteri adalah untuk menjelaskan kepada pengeritik sesuatu yang tidak jelas, atas sebab pengeritik tidak mempunyai maklumat lengkap berkaitan sesuatu yang dikritik.
Pengeritik biasanya menagacah untuk mengetahui lebih dalam berkaitan sesuatu yang dikritik.
Rakyat melihat/mengadili Perdana Menteri tentang caranya mengatasi kritikan atau dakwaan.
Apa yang dialami Najib pada masa ini, jauh lebih ringan berbanding apa yang dialami Mantan PM Tun Dr Mahathir semasa masih menjadi Perdana Menteri.
Najib mengikut rentak Anwar Ibrahim, sesiapa yang bersuara mengeritik atau membuat dakwaan atau tohmahan, maka jawabnya adalah saman. Mempergunakan pihak lain iatu mahkamah untuk menjawab bagi pihaknya.
Seorang Perdana Menteri mesti incommand, incontrol, bukan terikut-ikut cara orang lain.
Tindakan Najib menyaman Tony Pua dan Rafizi Ramli, lebih banyak membawa negatif pada imej Najib sebagai Perdana Menteri. Rakyat berkata, seorang Perdana Menteri menyaman rakyatnya sendiri.Walaupun dakwaan Tony dan Rafizi itu mengarut. Dakwaan mengarut, kena dijawab dengan fakta yang betul, agar si tukang karut tersipu-sipu malu.
Najib perlu memanafaatkan semua saluran untuk membuat penjelasan, seperti mana dilakukan Tun Dr Mahathir, suatu masa dahulu. Najib kena belajar cara orang tua itu. Jangan hanya petah bercakap berapi-api; tetapi kerusi cepat kosong.
1 comment:
Bagaimana kalo kita melihat yang disaman itu sebagai PENFITNAH bukan sebagai pengkritik ?
Post a Comment