Sunday, December 28, 2014

Airasia QZ8501- Disebalik Kehilangannya

HUBUNGAN terakhir dengan pesawat itu pada 6.12 pagi, apabila juruterbang meminta mengubah laluan ke arah tanah besar Pulau Jawa, untuk mengelak awan tebal di laluan biasa. Laluan biasa hampir seluruhnya laut.

Menara meminta juruterbang naik ke paras 38,000 kaki, 6,000 kaki di atas paras biasa. Pada keadaan menaik itu, kelajuan kapal dikesan hanya 353 knot, menggambarkan bahawa pesawat kesukaran untuk naik, 5 minit kemudian, pesawat hilang kontak dengan ATC Jakarta hingga kini.

Pesawat Airasia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dikhuatiri "terhempas" di perairan Indonesia, sementara pasukan pencari dan penyelamat akan menyambung esok hari, kerana faktor cuaca dan kegelapan.

Pesawat malang itu berlepas daripada Surabaya pada pukul 5.20 pagi WIT dan di jadual mendarat di Changi, Singapura pada pukul 8.30 pagi waktu Singapura.

Dipercayai pesawat itu dikesan 160km di timur Belitung, Sumatera, namun tiada yang kepastian berhubung dakwaan itu.

Daripada 162 penumpang itu, 7 adalah kru. Komposisi penumpang adalah 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Sementara kerakyatan penumpang 155 indonesia, seorang singapura, seorang Malaysia, seorang Peranis, seorang British, tiga orang Korea Selatan. 

Airasia QZ8501 sebuah pesawat Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC berumur 6 tahun. Mula beroperasi pada tahun 2008.

Kehilangan pesawat QZ8501 itu mula disiarkan oleh AIRASIA melalui laman facebooknya pada pukul 7.24 pagi.

Rekod Penerbangan Airasia QZ8501
Berlepas 5.35 pagi WIT, 6.12 pagi, Juruterbang meminta naik ke paras 38,000 kaki. 6.17 pagi, Putus hubungan dengan ATC Jakarta, 6.18 pesawat hilang daripada radar. 7.55 pagi pesawat dinyatakan hilang. Hubungan dengan pesawat, kali terakhir adalah pukul 6.12 pagi, apabila juruterbang memohon naik lebih tinggi kerana cuaca buruk.

Teori yang mendekati kehilangan pesawat itu secara tiba-tiba, kemungkinan besar berlaku "kerosakan" luarbiasa termasuk "meledak" di udara, semasa menanjak naik. Tanpa panggilan kecemasan, dalam masa 5 minit, daripada kontak terakhir, menggambarkan satu kejadian buruk berlaku terhadap pesawat itu. (Apa-apapun, harap2 teori ini tidak benar, dan berharap pesawat itu selamat bersama seluruh penumpangnya, Kalau Tuhan berkehendakan semua penumpang selamat, maka demikianlah).

Penerbangan laluan Surabaya Singapura memakan masa 2 jam 10 minit. Pesawat sedang terbang selama 42 minit semasa hilang daripada keseluruhan masa penerbangan semasa hilang.

Pesawat malang itu hilang semasa berada di kawasan laut jawa antara Pulau Kalimantan dan Pulau Jawa.

Juruterbang pesawat itu adalah Kapten Iriyanto yang mempunyai pengalaman 6,100 flying hours dan First Officer seorang rakyat Perancis Remi Emmanual Plesel dengan pengalaman 2,275 Flying Hours.

Kehilangan QZ8501, menyerupai kehilangan MH370 pada 8 mac lalu, di mana pesawat itu hingga kini hilang misteri.

AirAsia has established an Emergency Call Centre that is available for family or friends of those who may have been on board the aircraft. The number is: +622129850801. 

No comments:

Blog Archive