Latest News

Sodomi II: Hanya Hujah Gobind Deo Yang Mengyakinkan

GOBIND SINGH DEO cuba membangkitkan keraguan apabila menghubungkan sodomi II dengan kematian Lorita Shamsuddin, di mana OKT Hanif Basree seorang jurutera dibebaskan semata-mata terdapatnya DNA pihak lain yang didapati pada alat sulit mangsa. Menurut peguam itu, keadaan yang sama berlaku dalam sodomi II, walaupun DNA Male Y dan mangsa adalah dominan, namun terdapat DNA pihak ketiga (alel 18); lagi kata peguam itu, tiada bukti yang male Y adalah tertuduh. Pihak DPP hanya menghubungkan male Y dengan tertuduh bersandarkan kepada berus gigi, tuala good morning dan air botol yang dibawa tertuduh semasa ditahan pada 16 Julai 2008; jika bukan kerana tiga barangan itu, maka male Y tidak akan dikaitkan dengan tertuduh.

4 Responses to "Sodomi II: Hanya Hujah Gobind Deo Yang Mengyakinkan"

Anonymous said...

Itu kes bunuh. Ini kes liwat. DNA pihak ketiga - swab pre anal. Ini DNA Anwar dalam dubur. Berbeza dengan kes bunuh.

Anonymous said...

Kalau itu hujah mereka, ini beerti mereka tidak nafikan berlaku liwat antara Anwar dan Saiful. Cuma mereka hendak tunjukkan liwat suka sama suka. Kes Norita Shamsudin, tertuduh tidak menafikan dia telah melakukan hubungan seks dengan Norita. Beranikah Anwar menyatakan berlakunya liwat antara Anwar dan Saiful? Dia asyik menyatakan itu konspirasi. Itu kerja UMNO. Bosan dengan hujah sebegini. Tiada modal lain.

Anonymous said...

Pihak pembela bersetuju dan tidak menafikan bahawa pengliwatan berlaku. Sekarang ni mereka nak serongkan pandangan Mahkamah bahawa pengliwatan itu atas dasar suka sama suka, itu satu. Yang ke dua terdapat kesan DNA orang ke dua dalam rectum Saiful. Ini bertujuan untuk menimbulkan kesangsian. Rujukan yang di ambil ia lah kes Norita. Dalam kes Norita, yang di tuduh mengaku dia telah meliwat mangsa. Penemuan DNA orang ke dua dalam rectum Norita telah menerbitkan kesangsian. Persoalanya siapakah orang yang terakhir bersama dengan Norita?. Pihak pembela telah berjaya menimbulkan keraguan yang berpatutan . Justeru Mahkamah terpaksa memberi 'benefit of the doubt' kepada tertuduh. Tertuduh di lepas dan di bebaskan.

Anonymous said...

Sambung lagi.....Dalam kes Saiful pula, air mani Anwar telah dikenal pasti tersorok 4cm dalam rectum mangsa. Selain DNA Anwar terdapat juga DNA orang lain yang pihak pembela cuba jadikan isu.
Ini tak berapa penting, ini bukan nya 'crux of the matter'
Pihak pembela gagal sama sekali membuktikan bahawa air mani yang dijumpai dalam rectum Saiful bukan kepunyaan Anwar. Kegagalan memberi contoh DNA, keengganan di soal balas, kegagalan mengemukakan saksi saksi alibi merupakan paku paku yang menutup erat keranda Anwar. 5 orang hakim akan membuat keputusan.
'On the balance of probability' 3-2, atau 4-1 akan berpihak kepada Saiful.

Blog Archive