Thursday, October 02, 2014

Subsidi RON 95 dan Diesel Negara Tersalah Sasar: Ahmad Maslan

1. Selama ini rakyat Malaysia samada yang kaya, sederhana dan berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 dan diesel tapi ramai yang kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam-pam minyak.

2. Jumlah subsidi Kerajaan untuk RON95 & diesel tahun lepas sahaja ialah RM24.8 billion dan  tahun ini sekitar RM21-22 billion. Purata RM2bilion sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir RM2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yang tentunya "hangus terbakar". RM2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan orang ramai di 2 ribu kampung dengan kos RM1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga RM500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kampung untuk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sebab kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi RM2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi. Sebabnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kampung-kampung & pinggir-pinggir bandar hanya guna motorsikal & kereta-kereta yang kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin bukan kepada kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil dan tidak rasional. Dulu ketika minyak murah dan kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma RM2 billion setahun yang kini RM2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka umtuk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kepada rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah RMm4 billion dan diberi dalam bentuk BR1M yang telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita-berita baik yang akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kepada peruntukan yang banyak. Sebahagiannya tentu daripada subsidi minyak yang telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter untuk faedah kepada ramai rakyat yang lebih memerlukan.

9. Malaysia memang negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yang lebih kepada negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yang tidak popular. Tapi keputusan itu adalah untuk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yang banyak itu boleh diagih kepada rakyat dengan lebih bersasar dan tepat seperti BRIM yang lebih tinggi jumlahnya dan juga untuk pembangunan luar bandar yang lebih baik.

11. Rakyat terbanyak sekarang ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, RM100 utk anak sekolah, RM250 voucher buku. Untuk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan RM200 sebulan, bantuan-bantuan JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yang banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, untuk membetulkan ke arah yang lebih adil & rasional, khususnya tentang subsidi minyak secara pukal yang tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai dan banyak pihak. Komitmen kepada kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(AHMAD BIN MASLAN/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)

7 comments:

Anonymous said...

pening la.

norul said...

YB Ahmad Maslan... kadar tuntutan perjalanan menggunakan kenderaan sendiri bagi tujuan urusan kerajaan harus juga dinilai semula serta memastikan kadar berkenaan adalah selaras dengan harga semasa minyak (kurang subsidi) pegawai kerajaan.

Anonymous said...

Susah juga jadi pemerintah ni ..kalau naik sekarang orang islam marah..kalau naik lagi 2 minggu orang hindu marah sebab depavali..kalau naik december orang kristian marah sebab cristmas..kalau naik bulan febuari tahun depan orang cina plak marah sebab kong xi fat chai..kalau naik april tahun depan nanti orang kadazan plak marah..naik bulan jun tahun depan nanti orang indon kat malaysia plak marah sebab indon nak sambut merdeka..kalau naik bulan july tahun depan orang iban plak marah..naik bulan ogos tahun depan orang islam nak puasa plak..naik bulan september plak orang islam marah sebab raya puasa..naik bulan november depan dah raya haji balik..ehh ehh dah setahun pusingan ya..kalau naik setahun sebelum pilihanraya umum memang kalah bn sebab rakyat bengang..kalau tahun pertama menang pilihanraya tak boleh naik nanti rakyat marah sebab rakyat baru sokong bn menang dlm pru..tahun ke 2 dan ke 3 lepas pilihanraya tak boleh sebab dalam setahun tu penuh dengan perayaan nanti pelbagai kaum ni marah..tahun ke 4 lepas pilihanraya tak boleh sebab dah dekat sangat dgn pilihanraya akan datang..nanti rakyat protes..tahun ke 5 lagi la tak boleh sebab confirm pilihanraya..dah tentu rakyat meletup..adui susah ni..masa bila boleh naikkan petrol ni..nampak gaya petrol memang tak boleh dinaikkan..rupa2nya senang lagi jadi pembangkang kat malaysia ni dari jadi pemerintah ya..sebab kerja pembangkang ni senang..cuma membangkang je..lain tak payah fikir

Anonymous said...

dah tau subsidi banyak kenapa tak diada kan RON92/93, hu hu hu

Anonymous said...

Minta izin WM untuk iklan

Ada sesiapa yg nak selamatkan tanah rezeb melayu??

Kawasan Puchong, 4 ekar tanah pertanian yg dikelilingi projek perumahan, bersempadan dengan tanah perbadanan cyberjaya..urusan segera dengan pemilik tanah

Tanpa broker....hanya runding terus ..buka harga 1 juta sahaja seekar (boleh runding) walapun orang lain jual 1.3juta ke 1.7 juta seekar..yg pelik macam mana cina boleh beli 2..3 bidang tanah di kawasan yg sama sedangkan tanah tersebut reserve melayu??!!

Sangat menguntungkan untuk projek perumahan atau sebagai pelaburan masa depan ...hubungi segera sms ke 013 2704567..ayuh tolong saya selamatkan tanah melayu !!

Anonymous said...

Allahu rabbi...oii org melayu yg kaya..tolong la sedara melayu islam kita ni..kesian ko bro...mmg mcm mengemis kita ni kalau nak mintak org kita tolong...aku pun pernah rasa mcm ni..org kita suka dengar je ttg kesusahan org..lepas tu buat bodoh je..mcm tak terkesan..lepas tengkok sendiri..kesian bro ni...aku mohon org2 kaya melayu tolong brader ni..

Anonymous said...

bangang tak sudah sudah kepimpinan najib ni, syukurlah pru 14 BN dah tak jadi kerajaan

Blog Archive