Latest News

Sodomi II: Peguam Anwar Enggan Berhujah Air Mani Anwar Dibubur Saiful

PEGUAM Anwar mencuba sedaya upaya mengelak berhujah berkaitan kehadiran air mani Anwar di dalam dubur Saiful. Sebaliknya berhujah dengan mengenukan teori yang difikirkan semula seperti teori konsipriasi; dengan berhujah bahawa sebelum kejadian liwat pada 26 jun 2008, mangsa bertemu Dato Seri Najib Razak pada 24 jun. 

Peguam Anwar mencuba menyerang kredibilti mangsa, dengan berhujah, bahawa mangsa mengada-adakan cerita. Malah, pasukan pembelaan Anwar mendakwa, bahawa perbuatan sodomi itu tidak berlaku; dengan berhujah, jika berlaku sodomi, maka air mani boleh jatuh di atas karpet; bagaimana mangsa boleh bertahan sehingga dua hari tidak ke tandas membuang air besar atau mencuci sekitar duburnya.

Namun sebagai persoalan besar, mengapa air mani berada didubur mangsa? sekiranya ada unsur konspirasi untuk menanam air mani tertuduh, sejak bila kah tertuduh memberi air mani? 

AYT yakin, apabila pihak pendakwaan berhujah esok, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak akan berhujah berkaitan alibi yang dikemukan peguam Anwar, sebaliknya akan menekankan, kehadiran air mani tertuduh di dubur mangsa; sebaliknya semua hujah peguam Anwar akan dianggap sebagai alibi yang difikirkan semula (after thought). 

Hujah peguam Anwar Gopal Sri Ram, dengan mengandaikan atas sebab mengawal pendengaran oleh Mahkamah Rayuan pada 6-7 Mac daripada 12-13 April telah menyebabkan ketidak adilan, hanya merupakan hujah teknikal, tidak menganggu asas kepada penghakiman.

Sama-sama kita tunggu hujah balas pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee. Esok, Mahkamah Persukutuan akan memutuskan apakah mengekalkan hukuman penjara 5 tahun atau menambah atau mengubah seksyen pertuduhan, agar perbicaraan sodomi berlanjutan; atau Mahkamah memutuskan memenjarakan Ketua Umum PKR itu.

0 Response to "Sodomi II: Peguam Anwar Enggan Berhujah Air Mani Anwar Dibubur Saiful"

Blog Archive